Showing posts with label Penyejukkan Bumi. Show all posts
Showing posts with label Penyejukkan Bumi. Show all posts

Catatan Geologi: Medan Magnetik Bumi Sering Mengalami Pembalikan

1. Medan magnetik bumi bersama lapisan ozon sangat penting dalam melindungi hidupan di muka bumi daripada pancaran radiasi drpd kosmik dan matahari.
2. Pancaran radiasi tersebut jika terdedah dalam masa yang lama akan memberi kesan kepada hidupan bumi seperti kebakaran kulit dan mutasi genetik. Namun yang lebih penting, ia boleh memberi kesan kepada iklim bumi.
3. Sejak berbillion tahun, daripada rekod geologi, bumi sering mengalami pembalikkan kutub medan magnetik akibat pusaran cecair besi dalam teras bumi. Telah berlaku 183 kali pembalikkan medan magnetik bumi selama 83 juta tahun.
4. Semasa peralihan kutub, medan magnetik bumi boleh mempunyai banyak kutub yang menyebabkan medan magnetik bumi menjadi lemah dan menyebabkan lapisan ozon menjadi besar di bahagian kutub.
5. Kelemahan ini boleh menyebabkan bumi terdedah kepada pancaran kosmik samada datang daripada bintang-bintang (CME), letupan supernova atau daripada matahari sendiri (CME, ribut solar, sinar flux radiasi etc.)
6. Kali terakhir pembalikkan medan magnetik bumi ini adalah pada 780,000 tahun lampau. Kajian geologi mendapati telah berlaku 'winter monsoon' yang kuat di bahagian timur Asia di mana telah berlaku pemendapan sedimen daratan dan sedimen marin yang sangat tebal di luar drpd kebiasaannya.
7. Medan magnetik bumi ketika itu telah melemah satu perempat daripada biasa dan telah mendedahkan bumi kepada pertambahan 50% pancaran kosmik dan telah merubah iklim bumi.
8. Perubahan iklim bumi harus dilihat dalam jangka masa panjang bukan dalam masa yang singkat (1,000 tahun, 100 tahun, 50 tahun etc). Terlalu banyak perubahan atau 'fluctuated' dalam masa yang singkat tetapi pada asasnya secara keseluruhan iklim bumi mempunyai satu trend (Zaman Ais - Tempoh Interglasier) sementelahan baru pulih daripada zaman ais kecil (1300-1850).
9. Medan magnetik matahari juga berperanan melindungi bumi daripada pancaran kosmik. Tetapi ketika ini medan magnetiknya kian melemah (sejak kitaran solar ke-21) dan mendedahkan bumi kepada pancaran kosmik.
The past is the key to the present!
Omèn Necrofis
4.11.2019




Krisis Iklim Bumi

Bumi dalam krisis iklim di mana berlaku gelombang haba dan sejuk melampau...
Pd soltis Disember tahun lepas tlh berlaku sejuk mlampau di beberapa bahagian hemisfera utara dan gelombang haba di hemisfera selatan (Australia)..
Sebaliknya pada soltis Mac baru2 ini hemisfera utara pula mengalami gelombang haba (sehingga berlaku kebakaran hutan2 tmasuk permafrost dan pencairan ais artik)...
Keadaan yang sama (soltis Disember) spt tahun lps akan berulang di mana hemisfera utara akan mgalami sejuk mlampau dan hemisfera selatan (Australia) mungkin kembali mengalami gelombang haba...
Kawasan Asia Barat mungkin mengalami penurunan salji spt yg pernah berlaku pd tahun-tahun sebelum ini spt di Mesir, Arab Saudi etc., malah kawasan gurun juga telah mengalami penurunan salji.
Namun ia bergantung kpd Polar Vortek.. Jika kedua2 Polar Vortek lemah... So penurunan suhu global adalah dijangkakan...
Utara Thailand sebelum ini pernah beberapa kali mengalami suhu sejuk... Sehingga melibatkan kehilangan nyawa... Tempiasnya terasa sehingga ke utara smnnjg Malaysia khususnya Kelantan.

Omen Necrofis
22.10.2019