Showing posts with label Volkano. Show all posts
Showing posts with label Volkano. Show all posts

Malapetaka letusan Volkano Taal pada 30 Januari 1911




1. Seperti kepulauan besar Indonesia termasuk Jepun, boleh dikatakan hampir sebahagian besar daratannya terbina daripada batuan volkanik dan mempunyai kawah atau kaldera volkano.
2. Letusan volkano yang telah sekian lama berlaku (sejak jutaan tahun lampau) dengan letusan demi letusan kini telah membentuk morfologi deretan kepulauan volkano (archipelago) di sepanjang garis Lingkaran Api Pasifik yg kini membentuk negara seperti Indonesia, Filipina, Jepun dan New Zealand.
3. Volkano-volkano tersebut bergilir-gilir meletus dalam ribuan atau ratusan tahun lampau sehingga ada yang memberi kesan singkat kepada iklim bumi seperti Toba dan Krakatoa dan kesan berpanjangan seperti di Iceland sehingga mampu mengubah iklim bumi.
https://www.facebook.com/omen.necrofis/posts/3109492722411751
4. Dalam beberapa hari ini telah berlaku banyak letusan volkano di serata bahagian dunia kawasan aktif volkanik (Smnnjg Malaysia tidak mempunyai volkano) termasuk Volkano Taal di Filipina semalam.
5. Ia adalah rentetan letusan yang pernah berlaku sebelum ini. Kali terakhir meletus adalah pada tahun 1977 namun letusan pada 1911 paling membinasakan dengan meragut seramai hampir 1500 nyawa penduduk di sekitarnya.
6. Tiada catatan yang jelas menyata bagaimana mangsa mati namun terdapat kajian menyatakan disebabkan berlaku tsunami di kawasan tasik tersebut yang diiringi oleh aliran debu dan air panas serta gempa bumi. Kawasan sekitar tasik didapati turun sehingga 3 kaki.
7. Letusan disertai dengan dentuman kuat lalu menghamburkan debu dan serpihan batuan panas ke segenap arah. Campuran air tasik yg panas dan debu panas menyapu apa sahaja dilaluannya.
8. Terlalu banyak bencana boleh berlaku sebelum, semasa dan selepas sesuatu letusan volkano. Ia bole memacu geobencana yang lain. Volkano dan gempa bumi adalah ssling berkaitan, menifestasi daripada proses tektonik bumi yang telah bermula sejak 230 juta tahun lampau melalui Proses Hayutan Benua. Ia perlu untuk menstabilkan kerak-kerak bumi yang berhimpitan.
9. Mangsa boleh mati dalam banyak sebab seperti pecahnya paru-paru, terhidu gas bertoksid, debu panas bertoksid, dihempap batu, lemas dibawa arus tsunami, ditelan bumi (lithification soil), tanah runtuh, runtuhan bangunan dan banyak lagi.
10. Letusan volkano dikira geobencana hanya sekiranya mendatangkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa. Letusan volkano boleh sahaja berlaku di kawasan tiada penempatan atau di tengah lautan.
Setakat inilah dahulu... Terpanjang pulak catatan ni....rasa habis ringkas dah 
Beberapa gambar mangsa terpaksa dipadamkan... FB sound...huhu
Omèn Necrofis
13.1.2020

Jangkaan Aktiviti Seismik Oktober 2019

Catatan Tektonik: Jangkaan Kekerapan Gempa Serta Letusan Volkano (14 Okt.-1 Nov.)




1. Matahari-bumi-bulan-Uranus berkedudukan selanjar pada sekitar 14 Okt. 19 hingga 1 Nov. 19.

2. Keadaan ini mungkin akan membawa kepada berlaku gangguan kepada graviti dan medan magnetik bumi. Keadaan diburukkan lagi dengan ribut solar yang akan berterusan dlm tempoh yg lama.

3. Keadaan ini seterusnya akan menyebabkan berlaku kekerapan gempa bumi yang kadang-kadang boleh mencapai gempa bumi berskala kuat atau major.

4. Banyak volkano dijangkakan akan meletus kembali. Ia adalah satu proses tabii bumi dan telah banyak berlaku sebelum ini seperti di sepanjang bulai Julai lalu apabila hampir 7 jasad samawi berselanjaran.

5. Bumi Semenanjung Malaysia tidak menjana gempa bumi kerana mempunyai keadaan tektonik yang stabil.

Update: Gempa mungkin lbh lebih intensif apabila dijangka berlaku ribut solar pd 24 dan 25 Okt. 29.

Omèn Necrofis
15.10.2019

Hasil Jangkaan:
1. Gempa Bumi M6.3 @ 16 Oktober 2019
2. Volkano - Tonga @ 17 Oktober 2019
3. Volkano - Anak Krakatoa @ 18 Oktober 2019

Rekod Penjajaran Jasad Samawi : Oktober 2019




Catatan Tektonik: Jangkaan Kekerapan Gempa Serta Letusan Volkano (14 Okt.-1 Nov.)

1. Matahari-bumi-bulan-Uranus berkedudukan selanjar pada sekitar 14 Okt. 19 hingga 1 Nov. 19.
2. Keadaan ini mungkin akan membawa kepada berlaku gangguan kepada graviti dan medan magnetik bumi. Keadaan diburukkan lagi dengan ribut solar yang akan berterusan dlm tempoh yg lama.
3. Keadaan ini seterusnya akan menyebabkan berlaku kekerapan gempa bumi yang kadang-kadang boleh mencapai gempa bumi berskala kuat atau major.
4. Banyak volkano dijangkakan akan meletus kembali. Ia adalah satu proses tabii bumi dan telah banyak berlaku sebelum ini seperti di sepanjang bulai Julai lalu apabila hampir 7 jasad samawi berselanjaran.
5. Bumi Semenanjung Malaysia tidak menjana gempa bumi kerana mempunyai keadaan tektonik yang stabil.
Omèn Necrofis
15.10.2019

Pautan Facebook.