Showing posts with label Trilobit. Show all posts
Showing posts with label Trilobit. Show all posts

Fosil Trilobit Mendominasi Lautan Purba





1. Pada zaman Kambria iaitu 541-485 juta tahun lampau, lautan dihuni dan dikuasai oleh makhluk yg merayap pada lantai iaitu Trilobit.
2. Terdapat kira-kira 20,000 spesies trilobit yang pernah direkodkan.
3. Mula mengalami kepupusan sejak 500 juta tahun lalu dan hanya beberapa kumpulan yang masih berkelansungan sehingga pupus selama-lamanya pada 250 juta tahun lampau iaitu pada kepupusan massa kehidupan bumi bersama 90% hidupan purba bumi yg lain.
4. Fosil trilobit boleh ditemui di Langkawi dan Perlis dalam batuan sedimen yang berusia Kambria dan Devonian.

Omen Necrofis
13.1.2018

Pautan Facebook

Fosil Trilobit terbesar ditemui di Australia




1. Trilobit adalah antara haiwan purba yg sangat berjaya dalam perkembangan evolusinya melangkaui beberapa zaman bumi dan mendominasi lantai lautan bumi dalam beberapa zaman bumi.
2. Mula wujud sejak 541 juta tahun (zaman Kambria) sebelum pupus buat selama-lamanya pada 252 jt iaitu pada kepupusan besar-besaran hidupan bumi dengan merekodkan sejumlah 20,000 spesies trilobit (selama berkelangsungan sehingga 500 juta tahun).
3. Mempunyai hubungan dengan haiwan spt belangkas, ketam dan sebagainya iaitu dlm kumpulan krustasian.
4. Fosil trilobit terbesar pernah ditemui ini dinamakan sebagai spesies Redlichia rex. Ia ditemui di Kangaroo Islands, Australia.
4. Di Malaysia, haiwan purba ini boleh ditemui di Langkawi dan Perlis terutama dalam batuan berusia Kambria hingga Karbon.

Omèn Necrofis
16.06.2019

Fosil Trolobit Terbesar Pernah Ditemui


Besarnya fosil Trilobit daripada zaman Kambria (570 juta tahun)... menguasai dasar lautan ketika itu... di Malaysia hanya bole dijumpai di Perlis shj sebesar siling 5 sen.

Gambar adalah Trilobit drpd luar negara.

Omen Necrofis
18.9.2015