Showing posts with label Evolusi. Show all posts
Showing posts with label Evolusi. Show all posts

Catatan Geologi: Kejadian Langit Dan Bumi Dalam Al-Quran Daripada Perspektif Geologi.

Hayati catatan admin ini kerana ia tidak terdapat dalam mana-mana catatan pun yang terperinci sebegini. Dikongsikan khas untuk Follower admin.
1. Kita menyangka bahawa kita sudah lama berada di bumi tetapi tahukah kita bahawa kewujudan manusia sangat-sangat baharu di alam ini. Sudahlah baharu wujud, hayat pula singkat dgn purata 60 tahun sahaja.
2. Mengikut kajian sains (geologi), bumi sudah berusia 4.543 billion tahun dan manusia purba mula wujud sekitar 2.5 juta tahun lampau manakala manusia moden hanya wujud pada sekitar 200,000 tahun lampau. Zaman kenabian pula bermula sekitar 6,000 hingga 5,000 tahun lampau.
3. Dengan usia bumi sudah menjangkau usia berbillion tahun, sudah tentu terdapat pelbagai hidupan flora dan fauna dalam tempoh tersebut. Dinasaur contohnya hidup pada Zaman Jura iaitu 145 hingga 66 juta tahun lampau (ia bukan jin tapi haiwan drpd kumpulan reptilia, amfibia dan sebagainya).
4. Berdasar sejarah bumi lampau, geologist telah membahagikan usia bumi kepada 2 kumpulan utama iaitu Prekambria ( fasa tanpa hidupan) dan Phanerozoik ( fasa bermula hidupan).
"Katakanlah: “Sesungguhnya patutkah kamu kafir kepada Yang menciptakan bumi dalam dua masa." Al- Fussilat 41:9.
5. Secara terperinci, geologist membahagi usia bumi kepada 4 Eon utama iaitu Hardean, Arkean, Proterozoik (pembentukan awal bumi termasuk pembentukan lapisan-lapisan bumi) dan Phaneozoik (mula kehidupan).
6. Eon Phanoezoic sehingga kini mempunyai 3 Era yang terbahagi kepada beberapa zaman (period) iaitu Paleozoik, Mesozoik dan Kenozoik yang mempunyai kehidupan tersendiri (kini menjadi fosil), geografi tersendiri, persekitaran yg sgt jauh berbeza berbanding hari ini, kandungan udara tersendiri, iklim tersendiri yang cukup untuk kehidupan pada masa-masa itu sahaja.
7. Proses-proses bumi masih terus berlangsung dengan pembentukkan gunung-ganang melalui proses Hayutan Benua sebagai pasak bumi (kukuhkan kerak bumi) dan kepelbagaian hidupan flora dan fauna (yg telah menjadi fosil) cukup dengan nisbah makanan yang ada pada zaman-zaman tersebut.
"Dan Dia menciptakan di bumi itu gunung-gunung yang kukuh di atasnya. Dia memberkahinya dan Dia menentukan padanya kadar makanan-makanan penghuninya dalam empat masa." Al Fussilat 41:10.
8. Apabila berlaku ketidakcukupan sumber hidup atau berlaku satu malapetaka yang sangat besar seperti hentaman meteorit, letusan volkano di seluruh bahagian bumi, berlaku perubahan iklim yang drastik dan sebagainya, sebahagian hidupan akan mati atau pupus. Haiwan yang terselamat pula dapat meneruskan kelangsungan melalui proses EVOLUSI.
9. Dalam sejarah bumi, terdapat 5 kali kepupusan massa yang sangat dahsyat dan menyebabkan berlaku perubahan zaman.
10. Kita sekarang dalam Era Kanezoik dalam zaman Kuaternari. Apa yang ada pada hari ini adalah cukup utk makhluk yang ada pd hari ini. Contohnya, kandungan gas CO2 (0.04%) yang cukup banyak kini menjadi nutrien pd flora menyebabkan flora mengalami diversiti yang maju dengan wujud pelbagai spesies yang tidak terdapat pada zaman-zaman sebelumnya. Begitu juga gas Oksigen yang cukup banyak (21%) menyebabkan fauna dan flora juga berkembang dengan menambah populasinya.
11. Cuaca dalam tempoh Interglasier yang panas di khatulistiwa dan mengalami 4 musim di Hemisfera utara dan selatan telah menyebabkan manusia berkembang dengan maju sehingga menjangkau 7.7 billion orang.
12. Dengan mengambilkira sejarah lampau, hidupan yang ada pada masa kini akan juga mengalami kepupusan suatu masa nanti. Sama ada bumi dan alam akan musnah (kiamat) atau muncul hidupan baru melalui evolusi.
13. Pada pendapat admin, Allah ciptakan langit dan bumi ini dalam masa yang berbeza. Adakah bumi sudah cukup 6 masa/fasa dengan mengambil kira gabungan Eon dan Era iaitu Hadean, Arkeon, Proterozoik, Paleozoik, Mesozoik dan Kenozoik?
14. Pada pendapat admin, Allah ciptakan langit dahulu kemudian baru Allah ciptakan bumi dalam '6 fasa'. Langit sudah berada pada fasa ke 5 waktu di mana bumi mungkin sudah mencapai fasa ke- 6 . Wallahualam.
15. Secara ringkasnya, berdasarkan kajian geologi, dalam sejarah bumi telah berlaku 6 fasa utama iaitu Hadean (pembentukan bumi dan bulan), Arkean (kestabilan bumi), Proterozoik (bumi mula beriklim, sel organik ringkas), Paleozoik (hidupan primitif), Mesozoik (hidupan peralihan atau pertengahan) dan Kenozoik (hidupan terkini yang termodifikasi, moden).


Terdapat banyak ayat dalam Al Quran yang menyatakan kejadian bumi dalam masa 6 fasa. Antaranya:
"Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam masa 6 hari, kemudia Dia bersemayam di atas Arasy. Dia mengetahui apa yang masuk ke dalam bumi dan apa keluar daripadanya, apa yang turun daripada langit dan yang naik ke atasnya. Dan Dia bersama kamu walau di mana kamu berada, dan Dia maha mengetahui apa yang kamu kerjakan". Al-Hadid 57:4.


Akhir sekali, renungi ayat ini:
"Kamu tidak tinggal (di bumi) melainkan sebentar saja, kalau kamu sesungguhnya mengetahui". Al-Mu’minuun:114

Untuk info garis masa bumi, lawat Sini
Nota: Catatan ini adalah berdasarkan pendapat admin sahaja berdasarkan kafahaman bidang geologi admin.
Omèn Necrofis
22.10.2019




Bumi hampir kehilangan medan magnetik pd 565 juta tahun lampau.




1. Kajian oleh geologist mendapati bahawa pd 565 juta tahun lampau bumi hampir2 kehilangan medan magnetik yg sgt penting dlm melindungi bumi drpd radiasi kosmik berbahaya dan suar solar.

2. Tetapi dgn satu kejadian geologi telah menyelamatkan bumi ini dengan berlakunya pemejalan teras bumi yg sblm ini dlm bentuk cecair. Pemejalan teras bumi ini menguatkan medan magnetik tersebut sehinggalah ke hari ini.

3. Kajian adalah berdasarkan kajian medan magnetik sampel batuan yang terbentuk pd 565 juta tahun lampau yg diperolehi di Quebec, Kanada (dikeluarkan drpd magma volkano).

4. Kajian tersebut mendapati bahawa medan magnet bumi pd ketika itu lemah 10 kali berbanding pd hari ini selain drpd kerapnya berlaku pembalikan kutub (polar reversal).

5. Pada waktu itu bumi berada pada waktu kritikal di mana geodinamo bumi hampir musnah tetapi mujur pd akhirnya bumi mendapat 'tenaga' drpd teras bumi.

6. Di awal-awal pembentukkan bumi, teras bumi adalah berbentuk cecair tetapi pd suatu ketika antara 2.5 billion tahun hingga 500 juta tahun, unsur besi mula menyejuk lalu membentuk bebola pepejal.

7. Seterusnya mengaktifkan arus aruhan yg penting dalam menghasilkan medan magnet sehinggalah ke hari ini. Arus aruhan ini juga yg menyebabkan berlakunya hanyutan benua pd 175 juta tahun lampau dan aktiviti gempa bumi dan volkanik.

8. Terdapat spekulasi yg menyatakan bahawa dengan lemahnya medan magnet tersebut telah menyebabkan penyebaran bahan radiasi ke muka bumi lalu mencetuskan kewujudan bahan-bahan organik (sel tunggal).

9. Kemuncaknya berlaku ledakkan hidupan bumi pd 550 juta tahun lampau seterusnya melalui evolusi , berlaku perkembangan hidupan bumi sehinggalah yg terdapat pada hari ini.

10. Bumi adalah 'hidup' dan matang setelah mengalami pelbagai peristiwa2 penting bumi selama 4.6 billion tahun lampau. Bumi mampu menyediakan perlindungan kpd penghuninya spt kewujudan medan magnet, lapisan ozon, penyerapan gas CO2 dan sebagainya. Semuanya diatur mengikut Sunnatullah.

Pautan Facebook.

Evolusi Plat Bumi



1. Pada sekitar 480 juta tahun lampau, bumi hanya mempunyai satu kerak atau plat bumi dipanggil sebagai Pangea yang dikelilingi lautan sgt laut dipanggil Pantalassa. Rujuk.
2. Pangea terdiri daripada daripada gabungan 2 superbenua iaitu Laurentia dan Euramerica.

3. Bermula pada 175 juta tahun, Pangea ini mula berpecah oleh proses tabii bumi yang dikenali sebagai Hayutan Benua ke pelbagai arah sehingga membentuk 7 benua utama bumi sekarang ini. Setiap benua/plat ini bergerak pada kadar tertentu (purata 5mm) setiap tahun ke pelbagai arah. Di kawasan perlagaan, akan menyimpan tegasan lalu akan dilepaskan sebagai gempa bumi utk menstabilkan dirinya.

4. Pemecahan benua inilah yang menjana gempa bumi dan volkano sehingga ke hari ini. Sempadan plat yang bertemu yang aktif dengan gempa bumi dan volkano di pinggir-pinggir lautan Pasifik dinamakan sebagai Lingkaran Api Pasifik. Kawasan ini sgt rencam dengan gempa dan volkanik. Rujuk

5. Persamaan spesies fosil-fosil flora dan fauna yang ditemui di benua India, Afrika Selatan, Antartika menunjukkan bahawa dahulukala ianya berada pada sebuah daratan yang besar.

6. Kajian Paleomagnetik pada mineral-mineral batuan iaitu penyusunan terarah medan megnetik mineral-mineral juga menyokong pendapat tersebut.

7. Terdapat 3 fasa utama dalam pemisahan Pangea. Fasa pertama berlaku pada 175 juta tahun lampau bila mana Pangea berpecah kepada dua benua. Fasa kedua pada 150-140 juta tahun bila mana 2 benua tersebut berpecah lagi kepada benua-benua kecil iaitu Afrika, Amerika Utara, India, Antartika dan Australia.

8. Fasa ke-3 bermula pada 60-55 juta tahun lampau bila mana Benua India hanyut ke utara dan melanggar Pakistan-Nepal lalu membentuk pergunungan Himalaya.

9. Setiap fasa pemisahan benua ini memberikan kesan sgt besar kepada hidupan bumi di mana berlaku 2 kali kepupusan massa hidupan bumi iaitu pada 252 juta tahun (P-T Boundary) dan 66 juta tahun lampau (K-Pg Boundary) yang banyak melenyapkan hidupan kuno bumi dan hanya boleh dicerap oleh manusia melalui penemuan-penemuan fosil.

10. Setiap benua ini mempunyai gunung ganang yang bertindak sebagai pasak bumi. Morfologi gunung ganang, berbukit bukai, lautan yang luas adalah hasil daripada proses tabii bumi ini. Kita nampak gunung-ganang tidak bergerak, walhal ia bergerak sebagai mana awan bergerak.

" Dan ingatlah pada hari ditiupkan sangkala (kiamat), lalu terkejutlah seluruh makhluk di langit dan bumi, kecuali mereka yg dikehendaki Allah dan kesemuanya akan datang kepadaNya dgn keadaan tunduk patuh." (An-Naml, 27:87).
"Dan kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap di tempatnya, padahal dia berjalan sebagai jalannya awan. (Begitulah) perbuatan Allah yang membuat dengan kukuh tiap-tiap sesuatu; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (Al-Naml, 27:88)

Pautan Facebook

Teori evolusi dalam Al-Quran






1. Mengikut kajian Sains, hidupan bermula dengan satu sel yang terbentuk dalam air yang kemudiannya berkembang menjadi multisel (Zaman Kambria, 570-500 jt tahun). Lama kelamaan sebahagian multisel itu ada yg menjadi ikan (Zaman Ordovisi hingga Silur, 500-410 jt tahun).
2. Pada zaman Devon (410-360 jt tahun), telah wujud pelbagai spesies ikan. Spesies ikan yang dikenali sebagai Tiktaalik rossea telah naik turun ke darat dan laut dengan menggunakan perutnya. Sering turun naik ke akuatik dan daratan. Daripada sirip insang tlh membentuk dua kaki yang kemudiannya secara beransur-ansur membentuk 4 kaki (tetrapod, mamalia, reptilia, dinasaur) pada zaman selepasnya itu Perm, Trias Jura dan Kapur. Rujuk sini
3. Manusia purba mula muncul sekitar 2.3 juta tahun lampau. Nabi Adam (insan) diturunkan sekitar 8,000-7,000 tahun lalu.
4. Proses evolusi berlangsung dalam jangka masa yang tersangat panjang dan lama. Haiwan yang ada pada hari ini adalah kelangsungan haiwan-haiwan terdahulu. Haiwan yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu akan pupus akan bertukar kepada bentuk lain dan sudah tentulah memakan masa yang tersangat lama.

Renungkan ayat al-Quran ini,
“Dan Allah telah menciptakan semua jenis HAIWAN dari air, maka sebagian dari haiwan itu ada yang berjalan di atas perutnya dan sebagian berjalan dengan dua kaki, sedang sebahagian (yang lain) berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu”(S.24 An-Nur 45).
Tahun Al Quran diturunkan: 578
Tahun Teori Evolusi:1842

Maha suci Allah yang menjadikan alam ini!
Omén Necrofis
23.2.2014