Showing posts with label Geobencana. Show all posts
Showing posts with label Geobencana. Show all posts

Jun – Julai 2020 Bulan Seismik Bumi





1. Hantaran FB admin seterusnya akan menumpukan kepada aktiviti seismik bumi yang akan berlangsung selama dua bulan iaitu Jun dan Julai. Aktiviti seismik bumi bermaksud segala kejadian yang berkait dengan proses tektonik bumi seperti gempa bumi, keaktifan hotspring dan letusan volkano. Aktiviti seismik bumi ini akan aktif sepanjang Jun hingga Julai disebabkan berlakunya beberapa peristiwa kosmik menjadikan bulan Jun hingga Julai sebagai Bulan Aktif Seismik.

2. Seperti tahun lepas, seperti yang dijangkakan, bumi benar-benar mengalami keaktifan seismik di mana kerap berlakunya gempa bumi sehingga mencapai skala M6-7. Banyak juga berlakunya letusan volkano terutamanya di kawasan rantau Asia Tenggara.

3. Keaktifan seismik ini berkait dengan beberapa peristiwa kosmik yang bakal berlaku pada bulan Jun dan Julai. Admin menjangkakan tahun ini lebih aktif berbanding tahun lepas. Secara keseluruhannya, keaktifan seismik bumi ini adalah disebabkan oleh penyusunan penjajaran 9 jasad samawi iaitu Matahari-Mercury-Venus-Bumi-Bulan-Mars-Jupiter-Saturn-Pluto dan dua kali fenomena gerhana bulan separa.

4. Penjajaran yang melibatkan banyak jasad samawi ini pada Admin sangat memberi kesan terhadap graviti bumi bumi khasnya boleh mencetuskan keaktifan seismik di bumi. Venus, Bumi dan Jupiter adalah antara planet yang mempunyai pengaruh graviti dan medan magnetik yang tinggi sehingga mempengaruhi aktiviti matahari. Bayangkan kekuatannya apabila ketiga-tiganya tersusun hampir selanjaran sepanjang Jun hingga Julai.

5. Namun begitu terdapat tempoh yang menarik untuk dicerap kerana terdapat lonjakkan (fluctuation). Antara tempoh yang kritikal dalam Bulan Aktif Seismik tersebut adalah sekitar 4-6 Jun dan sekitar 4-20 Julai. Antara tempoh kritikal tersebut adalah seperti berikut:

i. Pada 4 Jun nanti, Venus akan berkedudukan perigee (titik terjauh daripada matahari) dan pada masa yang sama adalah terhampir dengan bumi.
ii. Pada 5 Jun pula (1.37am) Venus akan akan berkedudukan hampir selanjar (inferior conjuction) antara matahari-Venus-Bulan-Bumi. (Rujuk:https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3840111512683198&id=100000531622985)
iii. Pada 6 Jun (3.12am) berlaku pula Fasa Bulan Penuh yang disertai oleh Fenomena Gerhana Bulan Separa (Penumbra) dari 1.45am hingga 5.04am.
iv. Pada 5 Julai pula berlaku sekali lagi gerhana bulan separa iaitu pada pukul 11.02am hingga 1.55pm.
v. Pada 11 Julai adalah penjajaran semaksima mungkin kesembilan planet tersebut.
vi. Pada 14 Julai pula berlaku penjajaran (conjunction) Jupiter.
vii. Matahari masih dalam fasa solar minimum di mana medan magnetiknya sedang melemah sejak 3 tahun lalu. Mengikut rekod, dalam tempoh solar minimum yang berpanjangan boleh mencetuskan letusan volkano yang kuat seperti Letusan Laki (1783) dan Letusan Tambora pada 1815 (Dalton Minimum).

6. Dengan berlakunya 2 kali gerhana diikuti dengan penjajaran jasad-jasad samawi tersebut sudah tentulah akan memberi kesan kepada tarikan graviti kepada planet-planet tersebut termasuklah bumi. Ini adalah kerana planet-planet dalam Sistem Solar dipegang oleh daya graviti dan daya inersia. Tanpa daya-daya ini, planet-planet tidak akan berada pada orbitnya. Namun kajian mengenai graviti sangat terhad dan memerlukan banyak kajian lanjutan. Graviti bumi contohnya sentiasa berubah-ubah (fluctuation) dan sentiasa dipengaruhi oleh graviti bulan kerana kedudukannya yang lebih hampir dengan bumi.

7. Penduduk di sekitar kawasan yang terdedah kepada ancaman volkano dan gempa bumi terutama di kawasan Lingkaran Api Pasifik hendaklah sentiasa peka terhadap notifikasi –notifikasi gempa dan volkano dan sentiasa bersiap siaga terhadap sebarang kemungkinan. Bumi Semenanjung Malaysia relatifnya tidak menjana gempa tektonik dan volkano kacauwali negeri Sabah yang aktif gempa dan mempunyai volkano (yang dorman buat masa ini).

8. Catatan ini hanyalah daripada pemerhatian dan kajian admin sahaja berdasarkan rekod lalu dan ia tidak semestinya berlaku. Aktiviti seismik bumi tidak boleh meramal secara tepat masa, magnitud dan tempat ia akan berlaku tapi kita boleh menjangka tempoh dan keadaan bagaimana ia boleh dan sering berlaku (volkano dan gempa).

9. Lihatlah fenomena alam atau kejadian alam sebagai suatu kekaguman kekuasaan Allah bukan sebagai ketakutan apatahlagi sebagai hukuman. Sentiasa berbaik sangka kepadaNya kerna rahmatNya jauh melangkaui kemurkaanNya.

10. Seperti tahun lepas, dalam tempoh Bulan Seismik Bumi ini, notifikasi gempa dan letusan volkano akan lebih kerap dikeluarkan. Jika ingin mengikuti perkembangan terkini dan pantas info mengenai kejadian gempa dan letusan volkano, boleh sertai link Telegram dan Group Whatapps berikut:

Telegram: https://t.me/BumKita
Whatapps: https://chat.whatsapp.com/E9VWq2bQFRHAtiPY9Rhvic

#GrandSolarMinimum
#BulanSeismikBumi
#GrandSolarConjunction

Omen Necrofis
1.06.2020

Malapetaka letusan Volkano Taal pada 30 Januari 1911




1. Seperti kepulauan besar Indonesia termasuk Jepun, boleh dikatakan hampir sebahagian besar daratannya terbina daripada batuan volkanik dan mempunyai kawah atau kaldera volkano.
2. Letusan volkano yang telah sekian lama berlaku (sejak jutaan tahun lampau) dengan letusan demi letusan kini telah membentuk morfologi deretan kepulauan volkano (archipelago) di sepanjang garis Lingkaran Api Pasifik yg kini membentuk negara seperti Indonesia, Filipina, Jepun dan New Zealand.
3. Volkano-volkano tersebut bergilir-gilir meletus dalam ribuan atau ratusan tahun lampau sehingga ada yang memberi kesan singkat kepada iklim bumi seperti Toba dan Krakatoa dan kesan berpanjangan seperti di Iceland sehingga mampu mengubah iklim bumi.
https://www.facebook.com/omen.necrofis/posts/3109492722411751
4. Dalam beberapa hari ini telah berlaku banyak letusan volkano di serata bahagian dunia kawasan aktif volkanik (Smnnjg Malaysia tidak mempunyai volkano) termasuk Volkano Taal di Filipina semalam.
5. Ia adalah rentetan letusan yang pernah berlaku sebelum ini. Kali terakhir meletus adalah pada tahun 1977 namun letusan pada 1911 paling membinasakan dengan meragut seramai hampir 1500 nyawa penduduk di sekitarnya.
6. Tiada catatan yang jelas menyata bagaimana mangsa mati namun terdapat kajian menyatakan disebabkan berlaku tsunami di kawasan tasik tersebut yang diiringi oleh aliran debu dan air panas serta gempa bumi. Kawasan sekitar tasik didapati turun sehingga 3 kaki.
7. Letusan disertai dengan dentuman kuat lalu menghamburkan debu dan serpihan batuan panas ke segenap arah. Campuran air tasik yg panas dan debu panas menyapu apa sahaja dilaluannya.
8. Terlalu banyak bencana boleh berlaku sebelum, semasa dan selepas sesuatu letusan volkano. Ia bole memacu geobencana yang lain. Volkano dan gempa bumi adalah ssling berkaitan, menifestasi daripada proses tektonik bumi yang telah bermula sejak 230 juta tahun lampau melalui Proses Hayutan Benua. Ia perlu untuk menstabilkan kerak-kerak bumi yang berhimpitan.
9. Mangsa boleh mati dalam banyak sebab seperti pecahnya paru-paru, terhidu gas bertoksid, debu panas bertoksid, dihempap batu, lemas dibawa arus tsunami, ditelan bumi (lithification soil), tanah runtuh, runtuhan bangunan dan banyak lagi.
10. Letusan volkano dikira geobencana hanya sekiranya mendatangkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa. Letusan volkano boleh sahaja berlaku di kawasan tiada penempatan atau di tengah lautan.
Setakat inilah dahulu... Terpanjang pulak catatan ni....rasa habis ringkas dah 
Beberapa gambar mangsa terpaksa dipadamkan... FB sound...huhu
Omèn Necrofis
13.1.2020

Geobencana Berkait Musim Tengkujuh

1. Dengan taburan hujan yang kerap dan lebat, geobencana seperti tanah mendap, lubang benam, aliran lumpur/debris dan tanah runtuh sangat biasa berlaku.

2. Kawasan yang terdedah termasuklah di kawasan sedimen lembut, kawasan batu kapur dan kawasan bercerun.

3. Apabila memasukki musim tengkujuh nanti, lebih banyak pemerhatian, pemantauan, cakna, hebahan dan pengawasan diperlukan bagi meminimumkan kejadian geobencana tersebut daripada kerosakkan harta benda dan kehilangan nyawa.

4. Antara contoh geobencana yg berkait dengan taburan hujan lebat adalah seperti kes runtuhan bangunan Highlands Tower (1993), banjir lumpur di Pos Dipang (1995), banjir lumpur di Genting Sempah (1995) dan tanah runtuh di Batu Ferenggi.

5. Pihak Berkuasa Tempatan (BPT) atau Pihak Berkuasa Negeri (PBN) seharusnya mengarahkan pemerhentian segera segala bentuk kerja tanah dan membuat mitigasi sementara/segera terhadap muka cerun yang terdedah kepada hakisan bagi mengurangkan kejadian tanah runtuh, hakisan tanah dan pengkelodakkan saliran.

6. Bumi Semenanjung Malaysia mempunyai kawasan bercerun di sepanjang banjaran bukit yang terdedah kepada kejadian tanah runtuh dan aliran lumpur dan mempunyai kawasan dataran banjir / kawasan rata yang terdedah pula kepada banjir monsun dan banjir kilat.

Omèn Necrofis
27.10.2019