Showing posts with label Medan Magnetik. Show all posts
Showing posts with label Medan Magnetik. Show all posts

Catatan Geologi: Medan Magnetik Bumi Sering Mengalami Pembalikan

1. Medan magnetik bumi bersama lapisan ozon sangat penting dalam melindungi hidupan di muka bumi daripada pancaran radiasi drpd kosmik dan matahari.
2. Pancaran radiasi tersebut jika terdedah dalam masa yang lama akan memberi kesan kepada hidupan bumi seperti kebakaran kulit dan mutasi genetik. Namun yang lebih penting, ia boleh memberi kesan kepada iklim bumi.
3. Sejak berbillion tahun, daripada rekod geologi, bumi sering mengalami pembalikkan kutub medan magnetik akibat pusaran cecair besi dalam teras bumi. Telah berlaku 183 kali pembalikkan medan magnetik bumi selama 83 juta tahun.
4. Semasa peralihan kutub, medan magnetik bumi boleh mempunyai banyak kutub yang menyebabkan medan magnetik bumi menjadi lemah dan menyebabkan lapisan ozon menjadi besar di bahagian kutub.
5. Kelemahan ini boleh menyebabkan bumi terdedah kepada pancaran kosmik samada datang daripada bintang-bintang (CME), letupan supernova atau daripada matahari sendiri (CME, ribut solar, sinar flux radiasi etc.)
6. Kali terakhir pembalikkan medan magnetik bumi ini adalah pada 780,000 tahun lampau. Kajian geologi mendapati telah berlaku 'winter monsoon' yang kuat di bahagian timur Asia di mana telah berlaku pemendapan sedimen daratan dan sedimen marin yang sangat tebal di luar drpd kebiasaannya.
7. Medan magnetik bumi ketika itu telah melemah satu perempat daripada biasa dan telah mendedahkan bumi kepada pertambahan 50% pancaran kosmik dan telah merubah iklim bumi.
8. Perubahan iklim bumi harus dilihat dalam jangka masa panjang bukan dalam masa yang singkat (1,000 tahun, 100 tahun, 50 tahun etc). Terlalu banyak perubahan atau 'fluctuated' dalam masa yang singkat tetapi pada asasnya secara keseluruhan iklim bumi mempunyai satu trend (Zaman Ais - Tempoh Interglasier) sementelahan baru pulih daripada zaman ais kecil (1300-1850).
9. Medan magnetik matahari juga berperanan melindungi bumi daripada pancaran kosmik. Tetapi ketika ini medan magnetiknya kian melemah (sejak kitaran solar ke-21) dan mendedahkan bumi kepada pancaran kosmik.
The past is the key to the present!
Omèn Necrofis
4.11.2019




Apakah Indeks Kp dan keadaan geomagnetik?


Indeks Kp (0-9) memperihalkan tahap gangguan kepada medan magnetik bumi oleh ribut solar. Ia berkait dengan saiz pembentukkan aurora dan kawasan latitud bumi yang boleh dilihat.
Gangguan medan magnetik bumi ini menyebabkan berlaku ribut geomagnetik bumi yang diukur sebagai keadaan geomagnetik (G0-5)
Tinggi indeks Kp maka lebih keadaan geomagnetik (G).
Tinggi keadaan geomagnetik maka besar kesannya kpd sistem grid elektrik, transformer, satelit, sistem nagivasi dan sistem telekomunikasi. Pada bumi pula mybbkan lebih kerap berlaku gempa bumi.
Kesan pada manusia, admin pun tak tahu... Pasal tak pernah berlaku dlm rekod manusia. Mungkin berlaku kebakaran kulit atau mutasi genetik bg kes Kp8-9 dengan G5.
Namun bumi sudah mempunyai sistem pertahanan yang hebat... Medan magnet dan lapisan ozon .
Omèn Necrofis
24.10.2019



Bumi hampir kehilangan medan magnetik pd 565 juta tahun lampau.




1. Kajian oleh geologist mendapati bahawa pd 565 juta tahun lampau bumi hampir2 kehilangan medan magnetik yg sgt penting dlm melindungi bumi drpd radiasi kosmik berbahaya dan suar solar.

2. Tetapi dgn satu kejadian geologi telah menyelamatkan bumi ini dengan berlakunya pemejalan teras bumi yg sblm ini dlm bentuk cecair. Pemejalan teras bumi ini menguatkan medan magnetik tersebut sehinggalah ke hari ini.

3. Kajian adalah berdasarkan kajian medan magnetik sampel batuan yang terbentuk pd 565 juta tahun lampau yg diperolehi di Quebec, Kanada (dikeluarkan drpd magma volkano).

4. Kajian tersebut mendapati bahawa medan magnet bumi pd ketika itu lemah 10 kali berbanding pd hari ini selain drpd kerapnya berlaku pembalikan kutub (polar reversal).

5. Pada waktu itu bumi berada pada waktu kritikal di mana geodinamo bumi hampir musnah tetapi mujur pd akhirnya bumi mendapat 'tenaga' drpd teras bumi.

6. Di awal-awal pembentukkan bumi, teras bumi adalah berbentuk cecair tetapi pd suatu ketika antara 2.5 billion tahun hingga 500 juta tahun, unsur besi mula menyejuk lalu membentuk bebola pepejal.

7. Seterusnya mengaktifkan arus aruhan yg penting dalam menghasilkan medan magnet sehinggalah ke hari ini. Arus aruhan ini juga yg menyebabkan berlakunya hanyutan benua pd 175 juta tahun lampau dan aktiviti gempa bumi dan volkanik.

8. Terdapat spekulasi yg menyatakan bahawa dengan lemahnya medan magnet tersebut telah menyebabkan penyebaran bahan radiasi ke muka bumi lalu mencetuskan kewujudan bahan-bahan organik (sel tunggal).

9. Kemuncaknya berlaku ledakkan hidupan bumi pd 550 juta tahun lampau seterusnya melalui evolusi , berlaku perkembangan hidupan bumi sehinggalah yg terdapat pada hari ini.

10. Bumi adalah 'hidup' dan matang setelah mengalami pelbagai peristiwa2 penting bumi selama 4.6 billion tahun lampau. Bumi mampu menyediakan perlindungan kpd penghuninya spt kewujudan medan magnet, lapisan ozon, penyerapan gas CO2 dan sebagainya. Semuanya diatur mengikut Sunnatullah.

Pautan Facebook.

Kesan kpd hidupan purba bumi semasa bumi hampir kehilangan medan magnet.



1. Hidupan bumi telah bermula pada zaman Ediacaran (635-541 juta tahun).

2. Hidupannya bermula dilautan dan telah pupus sepenuhnya dan kesannya hanya boleh dicerap melalui fosil.

3. Pada sekitar 565 juta tahun, bumi hampir2 kehilangan medan magnetiknya sebelum kembali pulih mlalui proses nucleation iaitu pembentukan pepejal unsur besi dlm teras bumi. Rujuk Facebook.

4. Dengan melemahnya medan magnet bumi tersebut telah membawa kesan kpd hidupan lautan ketika itu di mana byk hidupan mengalami kepupusan akibat pancaran radiasi berbahaya matahari (saur solar) dan sinar kosmik.

5. Hanya hidupan pada lantai lautan dalam shj yang kurang terjejas dan dapat melangsungkan kehidupan pd zaman seterusnya iaitu zaman Kambria lalu mencetuskan hidupan baharu yg dipanggil 'ledakan Kambria'. Rujuk Facebook.  

Omen Necrofis
16.02.19

Pautan Facebook