Showing posts with label Iklim Bumi. Show all posts
Showing posts with label Iklim Bumi. Show all posts

Kaitan Pemanasan Bumi dan Tamadun Sg. Batu, Kedah

1. Tempoh glasier yg telah berlangsung selama hampir 100,000 telah berakhir pada 11,700 tahun lampau. Sudah banyak dicatatkan dalam post FB sebelum ini.

2. Bumi seterusnya memasukki tempoh interglasier uuntuk selama hampir 10,000 tahun yang mana sekarang sudah di penghujung. Semenjak 1,000 tahun lalu, bumi suhu menunjukkan keadaan ke arah penyejukkan bumi.

3. Tempoh interglasier adalah tempoh di mana matahari menjadi aktif yang menyebabkan berlaku tempoh-tempoh pemanasan bumi diringi oleh kenaikan paras air laut akibat peleburan ais kutub. Juga terdapat tempoh penyejukkan singkat.

4. Dalam tempoh 10,000 tahun lalu, bumi telah beberapa kali mengalami tempoh pemanasan bumi. Paling dikenali adalah Tempoh Pemanasan Roman dan Tempoh Pemanasan Medieval. (Pemanasan bukanlah berpunca daripada manusia, ia proses tabii berkait dengan aktiviti matahari).

5. Terdapat banyak catatan atau kajian berkaitan usia  Sg. Batu di Kedah. Ia merupakan tamadun utama dalam industri kuno peleburan besi. Ada yang menyatakan berusia kurun ke-6 atau 535 SM dan ada juga pada kurun ke-3M hingga 5M.

6. Jika merujuk kepada graf yang admin disertakan (kotak biru), kedua-dua usia tersebut berada dalam tempoh pemanasan bumi. Pemanasan tersebut jauh sekali dengan keadaannya pemanasan kini atau dikenali sebagai Pemanasan Modern. 

7. Tiadalah siapa yang tahu bagaimana keadaan pemanasan pada ketika itu. Usia purata manusia hanya 60 tahun berbanding perubahan iklim yang mengambil masa hingga ratusan atau ribuan tahun.

8. Ini dapat menerangkan bahawa berlaku kenaikan paras laut ketika itu sehingga kepal-kapal boleh masuk jauh ke hulu sungai dan dapat menerangkan terdapatnya kapal-kapal purba dalam sebuah sungai kuno. 

9. Sudah banyak bukti dalam sejarah manusia, sesuatu ketamadunan manusia itu runtuh atau lesap akibat perubahan iklim sama ada disebabkan berlaku perubahan pemanasan kepada penyejukkan atau sebaliknya oleh sebab penyakit, kebuluran, panas dan sejuk melampau dan sebagainya.

Enjoy your warm weather while it lasts!

Omèn Necrofis
29.1.2020

Link FB: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3533612689999750&id=100000531622985

Catatan Geologi: Medan Magnetik Bumi Sering Mengalami Pembalikan

1. Medan magnetik bumi bersama lapisan ozon sangat penting dalam melindungi hidupan di muka bumi daripada pancaran radiasi drpd kosmik dan matahari.
2. Pancaran radiasi tersebut jika terdedah dalam masa yang lama akan memberi kesan kepada hidupan bumi seperti kebakaran kulit dan mutasi genetik. Namun yang lebih penting, ia boleh memberi kesan kepada iklim bumi.
3. Sejak berbillion tahun, daripada rekod geologi, bumi sering mengalami pembalikkan kutub medan magnetik akibat pusaran cecair besi dalam teras bumi. Telah berlaku 183 kali pembalikkan medan magnetik bumi selama 83 juta tahun.
4. Semasa peralihan kutub, medan magnetik bumi boleh mempunyai banyak kutub yang menyebabkan medan magnetik bumi menjadi lemah dan menyebabkan lapisan ozon menjadi besar di bahagian kutub.
5. Kelemahan ini boleh menyebabkan bumi terdedah kepada pancaran kosmik samada datang daripada bintang-bintang (CME), letupan supernova atau daripada matahari sendiri (CME, ribut solar, sinar flux radiasi etc.)
6. Kali terakhir pembalikkan medan magnetik bumi ini adalah pada 780,000 tahun lampau. Kajian geologi mendapati telah berlaku 'winter monsoon' yang kuat di bahagian timur Asia di mana telah berlaku pemendapan sedimen daratan dan sedimen marin yang sangat tebal di luar drpd kebiasaannya.
7. Medan magnetik bumi ketika itu telah melemah satu perempat daripada biasa dan telah mendedahkan bumi kepada pertambahan 50% pancaran kosmik dan telah merubah iklim bumi.
8. Perubahan iklim bumi harus dilihat dalam jangka masa panjang bukan dalam masa yang singkat (1,000 tahun, 100 tahun, 50 tahun etc). Terlalu banyak perubahan atau 'fluctuated' dalam masa yang singkat tetapi pada asasnya secara keseluruhan iklim bumi mempunyai satu trend (Zaman Ais - Tempoh Interglasier) sementelahan baru pulih daripada zaman ais kecil (1300-1850).
9. Medan magnetik matahari juga berperanan melindungi bumi daripada pancaran kosmik. Tetapi ketika ini medan magnetiknya kian melemah (sejak kitaran solar ke-21) dan mendedahkan bumi kepada pancaran kosmik.
The past is the key to the present!
Omèn Necrofis
4.11.2019




Krisis Iklim Bumi

Bumi dalam krisis iklim di mana berlaku gelombang haba dan sejuk melampau...
Pd soltis Disember tahun lepas tlh berlaku sejuk mlampau di beberapa bahagian hemisfera utara dan gelombang haba di hemisfera selatan (Australia)..
Sebaliknya pada soltis Mac baru2 ini hemisfera utara pula mengalami gelombang haba (sehingga berlaku kebakaran hutan2 tmasuk permafrost dan pencairan ais artik)...
Keadaan yang sama (soltis Disember) spt tahun lps akan berulang di mana hemisfera utara akan mgalami sejuk mlampau dan hemisfera selatan (Australia) mungkin kembali mengalami gelombang haba...
Kawasan Asia Barat mungkin mengalami penurunan salji spt yg pernah berlaku pd tahun-tahun sebelum ini spt di Mesir, Arab Saudi etc., malah kawasan gurun juga telah mengalami penurunan salji.
Namun ia bergantung kpd Polar Vortek.. Jika kedua2 Polar Vortek lemah... So penurunan suhu global adalah dijangkakan...
Utara Thailand sebelum ini pernah beberapa kali mengalami suhu sejuk... Sehingga melibatkan kehilangan nyawa... Tempiasnya terasa sehingga ke utara smnnjg Malaysia khususnya Kelantan.

Omen Necrofis
22.10.2019




Ribut Solar Datang Lagi.

Menurut SpaceWeather, terdapat lubang atau bukaan korona matahari yang sedang menghala ke arah bumi pada 27.10.2019.
Jika ia memancarkan ribut solar, nyalaan solar akan sampai dalam 8 minit dan jika memancarkan Enjeksi Jasad Korona (CME), akan sampai dalam masa 3 hari lagi.
Belum pun reda ribut solar baru-baru ini, kini ia datang lagi. Terdapat sekurang-kurangnya 4 lubang koronal, 2 pada kutub dan 2 pada kwsn equator.
Lubang korona ini mungkin menjadi lebih besar disebabkan kelemahan medan magnetnya dan akan menyebabkan keberterusan berlakunya ribut solar (mungkin setiap bulan?) sehingga solar minimum dijangka berakhir sekitar tahun 2021-2022.
Kenapa ia semakin kerap berlaku angin solar, lawat Sini. 
Omèn Necrofis
28.10.2019


Geobencana Berkait Musim Tengkujuh

1. Dengan taburan hujan yang kerap dan lebat, geobencana seperti tanah mendap, lubang benam, aliran lumpur/debris dan tanah runtuh sangat biasa berlaku.

2. Kawasan yang terdedah termasuklah di kawasan sedimen lembut, kawasan batu kapur dan kawasan bercerun.

3. Apabila memasukki musim tengkujuh nanti, lebih banyak pemerhatian, pemantauan, cakna, hebahan dan pengawasan diperlukan bagi meminimumkan kejadian geobencana tersebut daripada kerosakkan harta benda dan kehilangan nyawa.

4. Antara contoh geobencana yg berkait dengan taburan hujan lebat adalah seperti kes runtuhan bangunan Highlands Tower (1993), banjir lumpur di Pos Dipang (1995), banjir lumpur di Genting Sempah (1995) dan tanah runtuh di Batu Ferenggi.

5. Pihak Berkuasa Tempatan (BPT) atau Pihak Berkuasa Negeri (PBN) seharusnya mengarahkan pemerhentian segera segala bentuk kerja tanah dan membuat mitigasi sementara/segera terhadap muka cerun yang terdedah kepada hakisan bagi mengurangkan kejadian tanah runtuh, hakisan tanah dan pengkelodakkan saliran.

6. Bumi Semenanjung Malaysia mempunyai kawasan bercerun di sepanjang banjaran bukit yang terdedah kepada kejadian tanah runtuh dan aliran lumpur dan mempunyai kawasan dataran banjir / kawasan rata yang terdedah pula kepada banjir monsun dan banjir kilat.

Omèn Necrofis
27.10.2019




Perubahan Iklim Bumi Adalah Sangat Normal.

Perubahan iklim bumi sgt2 biasa bg bumi yg telah berusia 4.543 billion tahun... Ia bukan sesuatu yg pelik.... Manusia pelik sbb ia blaku dlm hayat mereka tanpa melihat sejarah silam lampau...

1. Kita berada dalam zaman yang dinamakan sebagai zaman Kuaternari yang bermula sejak 2.5 juta tahun lampau. Zaman ini juga dinamakan sebagai Zaman Ais di mana terdapat 2 tempoh utama iaitu Tempoh Glasier yang berlangsung selama 80,000-90,000 tahun dan zaman Interglasier yang berlangsung sekitar 10,000-15,000 tahun.
2. Bumi telah berselang seli mengalami tempoh-tempoh tersebut. Bumi sekarang berada dalam tempoh Interglasier ayau dikenali sebagai Interglasier Holosen di mana fasa tempoh terakhir Glasier adalah pada 11,700 tahun lampau. Bermakna jika mengikut kitaran, bumi mempunyai 3,000-4,000 tahun lagi atau bila-bila masa sahaja sebelum mengalami tempoh glasier (penyejukkan bumi).
3. Tempoh Interglasier terakhir adalah bermula sekitar 150,000 dan tamat sekitar 115,000 tahun dahulu atau lebih dikenali sebagai Eamian. Cuaca dan iklimnya sama seperti tempoh Interglasier yang sedang bumi lalui kini. Cuma sudah terdapat tanda-tanda iklim bumi sudah terarah kepada penyejukkan bumi.
4. Bukti arkeologi dan biomolekul menunjukkan bahawa manusia awal mula muncul di Afrika timur sekitar 120,000 tahun lampau. Mereka merantau hingga ke utara benua Afrika sekitar 100,000 tahun lampau dan telah menjelajah kawasan Mediterian pd 90,000 tahun lampau. Pada 50,000 tahun lampau, mereka telah menjelajah sehingga ke benua Australia dan China. (berdasarkan kajian sains shj).
Untuk bacaan lanjut cuaca dan Iklim bumi akan datang, lawat: https://www.facebook.com/omen.necrofis/posts/2515660021795027


Sedikit catatan oleh Gary Geiser :
"This article argues that Europe in the Eemian interglacial period was principally shaped by megafauna, rather than by the climate or geography. Europe was mostly savannah, like the great nature reserves of Africa, a vast expanse of wilderness, populated by countless animals of all shapes and sizes.
Elephants and rhinos trampled the vegetation and opened up forest, and bison and horses grazed the meadows and grasslands, and deer and now extinct large wild cattle kept the shrubs and smaller trees in check. At the same time, a vast rainforest covered much of the Atlantic seaboard, maintained by the moisture brought in from the sea, making the forest far wetter than the temperate North American western forests along the seaboard today.
Colossal trees were covered by mosses and vines, while the soil was wet and soft, and covered by herbs and bushes. Other great forests existed where megafauna could not go, like the primordial woods still found in places such as Poland and Romania today.
Horses in numbers, like herds of zebra today, grazed the floodplains and grasslands; and bison and wild cattle shared their habitat. Bison preferred drier environments, and were hence local to the savanna and woodlands, while wild cattle could live in both dry and wet conditions. Water buffalo and the Hippopotamus inhabited the waterways. When Trafalgar square was first being excavated, the workers found hundreds of Hippopotamus bones, indicating the animal's once great abundance.
Deer we associate today with Bambi were probably shy forest dwellers, while red deer would have formed large herds in the open grasslands and savannas. And there was a now extinct elk, larger than the Alaskan moose. There were also elephants and rhino. The Woolly mammoth only spread into Europe during the last glacial period, as the climate there came to resemble that of Siberia and Alaska.
In the Eemian period, the true European elephant was Elephas antiquus, sometimes also called the Straight-tusked elephant. Similar in size and shape to its close relative, the Asian elephant, it had proportionally longer legs, and more impressive tusks, but was otherwise almost identical in looks and ecology. They created temporary wetlands where they walked and slept, and cleared woodland by toppling trees and crushing bushes. In fact, trees and shrubs in modern day Europe display a heavy resilience to being bent and broken, an adaptation that African and Asian trees also show.
There were two species of rhino: Merck's rhinoceros and the Narrow-nosed rhinoceros. One was a specialized browser, the other a grazer. They were hunted to extinction about 40,000 years ago.
Regarding predators, there were lions, slightly larger than modern lions. The remains of lions have been found by the North Sea dating back 28,000 years. Other big cats were the leopard and the lynx. There was also the grey wolf, red fox, golden jackal, and spotted hyena. And there were two species of bear: the extant brown bear, and the extinct great bear (Ursus spelaeus), typically referred to as the "Cave bear". "

Omen Necrofis
21.10.2019