2. Bumi seterusnya memasukki tempoh interglasier uuntuk selama hampir 10,000 tahun yang mana sekarang sudah di penghujung. Semenjak 1,000 tahun lalu, bumi suhu menunjukkan keadaan ke arah penyejukkan bumi.
3. Tempoh interglasier adalah tempoh di mana matahari menjadi aktif yang menyebabkan berlaku tempoh-tempoh pemanasan bumi diringi oleh kenaikan paras air laut akibat peleburan ais kutub. Juga terdapat tempoh penyejukkan singkat.
4. Dalam tempoh 10,000 tahun lalu, bumi telah beberapa kali mengalami tempoh pemanasan bumi. Paling dikenali adalah Tempoh Pemanasan Roman dan Tempoh Pemanasan Medieval. (Pemanasan bukanlah berpunca daripada manusia, ia proses tabii berkait dengan aktiviti matahari).
5. Terdapat banyak catatan atau kajian berkaitan usia Sg. Batu di Kedah. Ia merupakan tamadun utama dalam industri kuno peleburan besi. Ada yang menyatakan berusia kurun ke-6 atau 535 SM dan ada juga pada kurun ke-3M hingga 5M.
6. Jika merujuk kepada graf yang admin disertakan (kotak biru), kedua-dua usia tersebut berada dalam tempoh pemanasan bumi. Pemanasan tersebut jauh sekali dengan keadaannya pemanasan kini atau dikenali sebagai Pemanasan Modern.
7. Tiadalah siapa yang tahu bagaimana keadaan pemanasan pada ketika itu. Usia purata manusia hanya 60 tahun berbanding perubahan iklim yang mengambil masa hingga ratusan atau ribuan tahun.
8. Ini dapat menerangkan bahawa berlaku kenaikan paras laut ketika itu sehingga kepal-kapal boleh masuk jauh ke hulu sungai dan dapat menerangkan terdapatnya kapal-kapal purba dalam sebuah sungai kuno.
9. Sudah banyak bukti dalam sejarah manusia, sesuatu ketamadunan manusia itu runtuh atau lesap akibat perubahan iklim sama ada disebabkan berlaku perubahan pemanasan kepada penyejukkan atau sebaliknya oleh sebab penyakit, kebuluran, panas dan sejuk melampau dan sebagainya.
Enjoy your warm weather while it lasts!
Omèn Necrofis
29.1.2020
Link FB: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3533612689999750&id=100000531622985
No comments:
Post a Comment