Catatan Geologi: Formasi Miri - iklim, petroleum dan sekitaran pengenapan.

1. Kawasan Miri mempunyai jujukan batuan sedimen yang 'muda' iaitu batuan belum sempat sepenuhnya menjalani proses litifikasi iaitu proses diagenesis menukarkan sedimen lembut kepada batuan.

2. Jujukan batuan ini didominasi oleh lapisan batu pasir (tebal) dan shale. Lapisan batuan ini berusia Miosen Atas iaitu berusia 11.63-5.33 juta tahun berdasarkan bukti fosil.

3. Geologist memberikan nama lapisan batu pasir-shale ini sebagai Formasi Miri. Lapisan batu ini terkenal kerana kewujudan minyak dan gas. Lapisan batu pasirnya menyimpan atau menakung (resevoir) minyak dan gas di dalam butiran pasirnya manakala lapisan shale pula menjadi lapisan penutupnya.

4. Semasa pembentukkan atau pengenapan sedimen formasi ini berlaku, iklim ketika itu adalah beriklim panas iaitu 4-9 C berbanding suhu sekarang. 

5. Paras air laut lebih tinggi berbanding sekarang (5-9m) di mana tempat pengenap ini adalah sebuah delta sungai yang luas. Struktur sedimen seperti lapisan silang menjadi cirian utama formasi ini menunjukkan sekitaran delta sungai yang mempunyai banyak bahan organik yang membentuk minyak dan gas.

6. Batuan yang 'lembut dan rapuh' ini mudah runtuh atau mengalami hakisan jika ia terdedah ke permukaan bumi. 

Iklim bumi ada kitaran..ia tidak linear!

Omèn Necrofis
22.02.2020





No comments:

Post a Comment