Showing posts with label CME. Show all posts
Showing posts with label CME. Show all posts

Catatan Geologi: Medan Magnetik Bumi Sering Mengalami Pembalikan

1. Medan magnetik bumi bersama lapisan ozon sangat penting dalam melindungi hidupan di muka bumi daripada pancaran radiasi drpd kosmik dan matahari.
2. Pancaran radiasi tersebut jika terdedah dalam masa yang lama akan memberi kesan kepada hidupan bumi seperti kebakaran kulit dan mutasi genetik. Namun yang lebih penting, ia boleh memberi kesan kepada iklim bumi.
3. Sejak berbillion tahun, daripada rekod geologi, bumi sering mengalami pembalikkan kutub medan magnetik akibat pusaran cecair besi dalam teras bumi. Telah berlaku 183 kali pembalikkan medan magnetik bumi selama 83 juta tahun.
4. Semasa peralihan kutub, medan magnetik bumi boleh mempunyai banyak kutub yang menyebabkan medan magnetik bumi menjadi lemah dan menyebabkan lapisan ozon menjadi besar di bahagian kutub.
5. Kelemahan ini boleh menyebabkan bumi terdedah kepada pancaran kosmik samada datang daripada bintang-bintang (CME), letupan supernova atau daripada matahari sendiri (CME, ribut solar, sinar flux radiasi etc.)
6. Kali terakhir pembalikkan medan magnetik bumi ini adalah pada 780,000 tahun lampau. Kajian geologi mendapati telah berlaku 'winter monsoon' yang kuat di bahagian timur Asia di mana telah berlaku pemendapan sedimen daratan dan sedimen marin yang sangat tebal di luar drpd kebiasaannya.
7. Medan magnetik bumi ketika itu telah melemah satu perempat daripada biasa dan telah mendedahkan bumi kepada pertambahan 50% pancaran kosmik dan telah merubah iklim bumi.
8. Perubahan iklim bumi harus dilihat dalam jangka masa panjang bukan dalam masa yang singkat (1,000 tahun, 100 tahun, 50 tahun etc). Terlalu banyak perubahan atau 'fluctuated' dalam masa yang singkat tetapi pada asasnya secara keseluruhan iklim bumi mempunyai satu trend (Zaman Ais - Tempoh Interglasier) sementelahan baru pulih daripada zaman ais kecil (1300-1850).
9. Medan magnetik matahari juga berperanan melindungi bumi daripada pancaran kosmik. Tetapi ketika ini medan magnetiknya kian melemah (sejak kitaran solar ke-21) dan mendedahkan bumi kepada pancaran kosmik.
The past is the key to the present!
Omèn Necrofis
4.11.2019




Ribut Solar Datang Lagi.

Menurut SpaceWeather, terdapat lubang atau bukaan korona matahari yang sedang menghala ke arah bumi pada 27.10.2019.
Jika ia memancarkan ribut solar, nyalaan solar akan sampai dalam 8 minit dan jika memancarkan Enjeksi Jasad Korona (CME), akan sampai dalam masa 3 hari lagi.
Belum pun reda ribut solar baru-baru ini, kini ia datang lagi. Terdapat sekurang-kurangnya 4 lubang koronal, 2 pada kutub dan 2 pada kwsn equator.
Lubang korona ini mungkin menjadi lebih besar disebabkan kelemahan medan magnetnya dan akan menyebabkan keberterusan berlakunya ribut solar (mungkin setiap bulan?) sehingga solar minimum dijangka berakhir sekitar tahun 2021-2022.
Kenapa ia semakin kerap berlaku angin solar, lawat Sini. 
Omèn Necrofis
28.10.2019


Keberterusan Ribut Solar.




1. Menurut sumber daripada SpaceWeather, telah berlaku pancaran jasad koronal (CME) dan nyalaan solar pada 14 dan 15 Oktober lalu dan dijangka sampai ke atmosfera bumi pada 20 dan 21 Okt. 2019 yang akan menyebabkan berlaku ribut solar. (dan mungkin ini puncanya 3-4 hari kebelakangan ini cuaca agak panas berbahang). Update: ribut solar dijangka tiba bermula pd 24 hingga 26 Okt. 19.
2. Namun menurut jangkaan SpaceWeather, kesannya adalah seperti mana kejadian ribut solar sebelum ini. Kesan daripada pancaran ini adalah gangguan kepada sistem telekomunikasi, satelit, grid penghantar elektrik dan sistem navigasi. Kesan lain adalah berlaku kekerapan gempa bumi, letusan volkano dan pembentukkan aurora yang besar. (Mungkin berkait juga dengan gangguan sistem telco?).
3. Tahun ini kerap berlaku ribut solar iaitu pada pertengahan Mei, awal September dan awal Oktober lalu.
4. Matahari sedang berada dalam fasa Solar Minimum di mana kurangnya atau tiada hotspot pada permukaan matahari. Ketika fasa ini, medan magnetik matahari adalah lemah dan akan membentuk bukaan yang besar pada atmosfera matahari dipanggil lubang korona.
5. Bukaan besar ini akan memancarkan nyalaan solar (solar flare) dan pancaran jasad korona (CME). Nyalaan solar yang memancar byk sinar X, cahaya ultraviolet, sinar gamma dan zarah bercas tinggi (berkelajuan sehingga 800 km/j) sampai ke bumi dalam masa 8-10 minit tetapi CME yang membawa plasma dan gelombang magnetik pula sampai dalam masa 3-4 hari ke atmosfera bumi.
Kenapa ia kerap berlaku?
6. Apabila matahari dalam fasa Solar Minimum, medan magnetiknya menjadi lemah lalu membentuk bukaan atau lubang korona yang besar pada permukaannya.
7. Dari masa ke semasa lubang korona ini akan sentiasa memancarkan nyalaan solar dan/atau CME dan akan berlanjutan sehingga setahun atau lebih (selagi dalam fasa solar minimum).
8. Dalam jangka masa panjang, jika matahari terus berada dalam Solar Minimum atau mencapai Solar Maksimum pada tahap yang minimum pada 2024-2025, bumi akan mengalami penyejukkan semula. Penyejukkan bumi sebelum ini berlangsung selama hampir 500 tahun (tahun 1300-1883) yang dikenali sebagai Zaman Ais Kecil atau lebih teruk, terus memasukki Tempoh Glasier untuk 100,000 tahun.
Bagaimana bumi boleh mengalami penyejukkan?
9. Ia berkait dengan kelemahan medan magnetik matahari, Pancaran Kosmik Galaksi, pembentukkan awan dan seterusnya membawa kepada ketidaktentuan cuaca dan iklim di bumi (dan semestinya tiada kaitan langsung daripada aktiviti antropogenik).
10. Ia adalah faktor kosmik yang menyebabkan kesan berantai kepada permukaan dan atmosfera bumi yang membawa kepada perubahan cuaca dan iklim bumi. Akan dihurai lebih lanjut pada catatan akan datang.
11. Secara lokaliti, fasa ini mungkin berkait dengan jangkaan akan berlaku hujan lebat dan banjir. Pada pendapat admin bukan sahaja pantai timur, malah mungkin berlaku di Lembah Klang dan utara Semenanjung Malaysia. Ribut siklon pun sudah mula terbentuk berhampiran negara kita spt Siklon Pabuk dan mungkin akan terbentuk lagi pd tahun ini dan tahun-tahun akan datang. Sekarang pun banyak sistem siklon terbentuk di lembangan lautan utama.
12. Di negara kita, solar minimum pada 2009-2010 telah memberikan kesan yang teruk di Lembah Klang dengan kerapnya berlaku hujan lebat, ribut petir dan banjir kilat. Ketika solar maksimum, negara kita pernah mengalami krisis air dan kemarau iaitu pada tahun 1998 dan krisis air paling buruk di Melaka pd pada tahun 1991.

Untuk catatan CME, lawat :
Untuk catatan Solar Minimum, lawat Sini.
Omen Necerofis
17.10.2019

Apakah Indeks Kp dan keadaan geomagnetik?


Indeks Kp (0-9) memperihalkan tahap gangguan kepada medan magnetik bumi oleh ribut solar. Ia berkait dengan saiz pembentukkan aurora dan kawasan latitud bumi yang boleh dilihat.
Gangguan medan magnetik bumi ini menyebabkan berlaku ribut geomagnetik bumi yang diukur sebagai keadaan geomagnetik (G0-5)
Tinggi indeks Kp maka lebih keadaan geomagnetik (G).
Tinggi keadaan geomagnetik maka besar kesannya kpd sistem grid elektrik, transformer, satelit, sistem nagivasi dan sistem telekomunikasi. Pada bumi pula mybbkan lebih kerap berlaku gempa bumi.
Kesan pada manusia, admin pun tak tahu... Pasal tak pernah berlaku dlm rekod manusia. Mungkin berlaku kebakaran kulit atau mutasi genetik bg kes Kp8-9 dengan G5.
Namun bumi sudah mempunyai sistem pertahanan yang hebat... Medan magnet dan lapisan ozon .
Omèn Necrofis
24.10.2019



Video Nyalaan Solar

Video berdurasi 15 hari yang dirakam oleh satelit pemerhati matahari menunjukkan nyalaan solar yang memberi impak kpd kamera satelit.
Nyalaan solar memancarkan partikel bercas tinggi dan sinar radiasi dengan kelajuan mencapai 800-900 km/j. Video dirakam pada tahun 2003.
Perhatikan Nyalaan Solar pada 28.10.2003 pada pukul 15.00 UTC.
Omen Necrofis
26.10.2019