Keberterusan Ribut Solar.




1. Menurut sumber daripada SpaceWeather, telah berlaku pancaran jasad koronal (CME) dan nyalaan solar pada 14 dan 15 Oktober lalu dan dijangka sampai ke atmosfera bumi pada 20 dan 21 Okt. 2019 yang akan menyebabkan berlaku ribut solar. (dan mungkin ini puncanya 3-4 hari kebelakangan ini cuaca agak panas berbahang). Update: ribut solar dijangka tiba bermula pd 24 hingga 26 Okt. 19.
2. Namun menurut jangkaan SpaceWeather, kesannya adalah seperti mana kejadian ribut solar sebelum ini. Kesan daripada pancaran ini adalah gangguan kepada sistem telekomunikasi, satelit, grid penghantar elektrik dan sistem navigasi. Kesan lain adalah berlaku kekerapan gempa bumi, letusan volkano dan pembentukkan aurora yang besar. (Mungkin berkait juga dengan gangguan sistem telco?).
3. Tahun ini kerap berlaku ribut solar iaitu pada pertengahan Mei, awal September dan awal Oktober lalu.
4. Matahari sedang berada dalam fasa Solar Minimum di mana kurangnya atau tiada hotspot pada permukaan matahari. Ketika fasa ini, medan magnetik matahari adalah lemah dan akan membentuk bukaan yang besar pada atmosfera matahari dipanggil lubang korona.
5. Bukaan besar ini akan memancarkan nyalaan solar (solar flare) dan pancaran jasad korona (CME). Nyalaan solar yang memancar byk sinar X, cahaya ultraviolet, sinar gamma dan zarah bercas tinggi (berkelajuan sehingga 800 km/j) sampai ke bumi dalam masa 8-10 minit tetapi CME yang membawa plasma dan gelombang magnetik pula sampai dalam masa 3-4 hari ke atmosfera bumi.
Kenapa ia kerap berlaku?
6. Apabila matahari dalam fasa Solar Minimum, medan magnetiknya menjadi lemah lalu membentuk bukaan atau lubang korona yang besar pada permukaannya.
7. Dari masa ke semasa lubang korona ini akan sentiasa memancarkan nyalaan solar dan/atau CME dan akan berlanjutan sehingga setahun atau lebih (selagi dalam fasa solar minimum).
8. Dalam jangka masa panjang, jika matahari terus berada dalam Solar Minimum atau mencapai Solar Maksimum pada tahap yang minimum pada 2024-2025, bumi akan mengalami penyejukkan semula. Penyejukkan bumi sebelum ini berlangsung selama hampir 500 tahun (tahun 1300-1883) yang dikenali sebagai Zaman Ais Kecil atau lebih teruk, terus memasukki Tempoh Glasier untuk 100,000 tahun.
Bagaimana bumi boleh mengalami penyejukkan?
9. Ia berkait dengan kelemahan medan magnetik matahari, Pancaran Kosmik Galaksi, pembentukkan awan dan seterusnya membawa kepada ketidaktentuan cuaca dan iklim di bumi (dan semestinya tiada kaitan langsung daripada aktiviti antropogenik).
10. Ia adalah faktor kosmik yang menyebabkan kesan berantai kepada permukaan dan atmosfera bumi yang membawa kepada perubahan cuaca dan iklim bumi. Akan dihurai lebih lanjut pada catatan akan datang.
11. Secara lokaliti, fasa ini mungkin berkait dengan jangkaan akan berlaku hujan lebat dan banjir. Pada pendapat admin bukan sahaja pantai timur, malah mungkin berlaku di Lembah Klang dan utara Semenanjung Malaysia. Ribut siklon pun sudah mula terbentuk berhampiran negara kita spt Siklon Pabuk dan mungkin akan terbentuk lagi pd tahun ini dan tahun-tahun akan datang. Sekarang pun banyak sistem siklon terbentuk di lembangan lautan utama.
12. Di negara kita, solar minimum pada 2009-2010 telah memberikan kesan yang teruk di Lembah Klang dengan kerapnya berlaku hujan lebat, ribut petir dan banjir kilat. Ketika solar maksimum, negara kita pernah mengalami krisis air dan kemarau iaitu pada tahun 1998 dan krisis air paling buruk di Melaka pd pada tahun 1991.

Untuk catatan CME, lawat :
Untuk catatan Solar Minimum, lawat Sini.
Omen Necerofis
17.10.2019

No comments:

Post a Comment