Sejarah Hentaman Meteor/Astroid Ke Bumi.



1. Laman Web ekpress.co dilihat kerap memetik kenyataan golongan teori konspirasi mengenai pelbagai perkara yang tiada sumber yang jelas.

2. Tahun ini sahaja hampir 3 kali mengeluarkan kenyataan mengenai ancaman hentaman asteroid yang dipetik drpd sumber yang tidak diketahui.

3. Bumi yang kita diami ini sentiasa dihujani dan terdedah kpd hentaman meteor dan boleh dikatakan berlaku setiap hari. Akan kerap apabila memasukki tempoh hujan meteor.

Hentaman meteor lebih bahaya berbanding hentaman asteroid. Kenapa?

4. Meteor yang memasukki atmosfera adalah bersaiz kecil dan selalunya habis terbakar di atmosfera (bolide) tetapi ada juga yang boleh sampai dan menghentam permukaan bumi.

5. Atmosfera kita terlalu luas, bukan semua meteor dpt dicerap oleh satelit. Kadang2 dah berbulan-bulan baru kita sedar (melalui cerapan satelit) terdapat meteor telah meletup di udara dengan letupan yang jauh lebih kuat berbanding letupan bom atom.

6. Berbeza dengan asteroid yang bersaiz besar di mana saintis dapat mencerap dan membuat projektori laluannya.

7. Diawal-awal pembentukkan bumi iaitu pd 4.56 billion tahun lampau bumi sentiasa dihentami meteor dan astroid. Bahan kosmik yg kaya dengan besi dan nikel ini kemudiannya menjadi kandungan utama teras bumi.

8. Dan pada 66 juta tahun lampau, sebiji astroid sebesar gunung Everest telah menghentam bumi (Yucatan, Mexico) di mana menyebabkan malapetaka yg sgt dahsyat kepada iklim dan hidupan bumi ketika itu. 76% hidupan flora dan fauna pupus termasuk dinasaur. Kesannya kemusnahannya berlanjutan sehingga ke beberapa juta tahun selepas itu dan perlu beberapa juta tahun pula utk pulih.

9. Ancaman hentaman bukan semasa hentaman shj malahan sebelum hentaman lagi sudah memberi kesan kpd bumi. Admin tak akan hurai lebih lanjut di sini.

10. Perubahan iklim atau perubahan tempoh glasier kepada tempoh interglasier pada 12,000 tahun lalu juga adalah antaranya dipercepatkan oleh kesan drpd hentaman meteor ke bumi.

11. Di Malaysia pun terdapat krater atau bekas hentaman meteorit seperti yang terdapat di Lenggong, perak.

Saranan admin, abaikan tularan atau kenyataan yang tidak berasas (hentaman asteroid). Tak usah kita mengambil kerja tuhan dalam menentukan atau meramal hari kiamat. Itu rahsia dan kerja tuhan.

Adalah sesuatu yang baik memperingati hari kiamat tetapi bukanlah dengan menyebarkan dan mereka2 cipta perkara yang tidak berasas (hentaman meteor). Seolah-olah kita berkehendakkan sangat kpd hentaman meteor, dah jadi seperti ahli nujum persisnya. Lambat atau cepat, kiamat pasti berlaku juga.

Cukuplah dengan mengambil iktibar seperti tularan tahun lepas dengan ramalan hentaman meteor pada november 2018 dan ramalan kegelapan 7 hari pada Mac 2019. Tularan memberi kesan yg sgt mendalam terutama kepada mereka yang paranoid.

Omèn Necrofis
14.10.2019

Pautan Facebook.

No comments:

Post a Comment