1. Trilobit adalah antara haiwan purba yg sangat berjaya dalam perkembangan evolusinya melangkaui beberapa zaman bumi dan mendominasi lantai lautan bumi dalam beberapa zaman bumi.
2. Mula wujud sejak 541 juta tahun (zaman Kambria) sebelum pupus buat selama-lamanya pada 252 jt iaitu pada kepupusan besar-besaran hidupan bumi dengan merekodkan sejumlah 20,000 spesies trilobit (selama berkelangsungan sehingga 500 juta tahun).
3. Mempunyai hubungan dengan haiwan spt belangkas, ketam dan sebagainya iaitu dlm kumpulan krustasian.
4. Fosil trilobit terbesar pernah ditemui ini dinamakan sebagai spesies Redlichia rex. Ia ditemui di Kangaroo Islands, Australia.
4. Di Malaysia, haiwan purba ini boleh ditemui di Langkawi dan Perlis terutama dalam batuan berusia Kambria hingga Karbon.
Omèn Necrofis
16.06.2019
16.06.2019
No comments:
Post a Comment