Showing posts with label Zaman Bumi. Show all posts
Showing posts with label Zaman Bumi. Show all posts

Catatan Geologi: Kejadian Langit Dan Bumi Dalam Al-Quran Daripada Perspektif Geologi.

Hayati catatan admin ini kerana ia tidak terdapat dalam mana-mana catatan pun yang terperinci sebegini. Dikongsikan khas untuk Follower admin.
1. Kita menyangka bahawa kita sudah lama berada di bumi tetapi tahukah kita bahawa kewujudan manusia sangat-sangat baharu di alam ini. Sudahlah baharu wujud, hayat pula singkat dgn purata 60 tahun sahaja.
2. Mengikut kajian sains (geologi), bumi sudah berusia 4.543 billion tahun dan manusia purba mula wujud sekitar 2.5 juta tahun lampau manakala manusia moden hanya wujud pada sekitar 200,000 tahun lampau. Zaman kenabian pula bermula sekitar 6,000 hingga 5,000 tahun lampau.
3. Dengan usia bumi sudah menjangkau usia berbillion tahun, sudah tentu terdapat pelbagai hidupan flora dan fauna dalam tempoh tersebut. Dinasaur contohnya hidup pada Zaman Jura iaitu 145 hingga 66 juta tahun lampau (ia bukan jin tapi haiwan drpd kumpulan reptilia, amfibia dan sebagainya).
4. Berdasar sejarah bumi lampau, geologist telah membahagikan usia bumi kepada 2 kumpulan utama iaitu Prekambria ( fasa tanpa hidupan) dan Phanerozoik ( fasa bermula hidupan).
"Katakanlah: “Sesungguhnya patutkah kamu kafir kepada Yang menciptakan bumi dalam dua masa." Al- Fussilat 41:9.
5. Secara terperinci, geologist membahagi usia bumi kepada 4 Eon utama iaitu Hardean, Arkean, Proterozoik (pembentukan awal bumi termasuk pembentukan lapisan-lapisan bumi) dan Phaneozoik (mula kehidupan).
6. Eon Phanoezoic sehingga kini mempunyai 3 Era yang terbahagi kepada beberapa zaman (period) iaitu Paleozoik, Mesozoik dan Kenozoik yang mempunyai kehidupan tersendiri (kini menjadi fosil), geografi tersendiri, persekitaran yg sgt jauh berbeza berbanding hari ini, kandungan udara tersendiri, iklim tersendiri yang cukup untuk kehidupan pada masa-masa itu sahaja.
7. Proses-proses bumi masih terus berlangsung dengan pembentukkan gunung-ganang melalui proses Hayutan Benua sebagai pasak bumi (kukuhkan kerak bumi) dan kepelbagaian hidupan flora dan fauna (yg telah menjadi fosil) cukup dengan nisbah makanan yang ada pada zaman-zaman tersebut.
"Dan Dia menciptakan di bumi itu gunung-gunung yang kukuh di atasnya. Dia memberkahinya dan Dia menentukan padanya kadar makanan-makanan penghuninya dalam empat masa." Al Fussilat 41:10.
8. Apabila berlaku ketidakcukupan sumber hidup atau berlaku satu malapetaka yang sangat besar seperti hentaman meteorit, letusan volkano di seluruh bahagian bumi, berlaku perubahan iklim yang drastik dan sebagainya, sebahagian hidupan akan mati atau pupus. Haiwan yang terselamat pula dapat meneruskan kelangsungan melalui proses EVOLUSI.
9. Dalam sejarah bumi, terdapat 5 kali kepupusan massa yang sangat dahsyat dan menyebabkan berlaku perubahan zaman.
10. Kita sekarang dalam Era Kanezoik dalam zaman Kuaternari. Apa yang ada pada hari ini adalah cukup utk makhluk yang ada pd hari ini. Contohnya, kandungan gas CO2 (0.04%) yang cukup banyak kini menjadi nutrien pd flora menyebabkan flora mengalami diversiti yang maju dengan wujud pelbagai spesies yang tidak terdapat pada zaman-zaman sebelumnya. Begitu juga gas Oksigen yang cukup banyak (21%) menyebabkan fauna dan flora juga berkembang dengan menambah populasinya.
11. Cuaca dalam tempoh Interglasier yang panas di khatulistiwa dan mengalami 4 musim di Hemisfera utara dan selatan telah menyebabkan manusia berkembang dengan maju sehingga menjangkau 7.7 billion orang.
12. Dengan mengambilkira sejarah lampau, hidupan yang ada pada masa kini akan juga mengalami kepupusan suatu masa nanti. Sama ada bumi dan alam akan musnah (kiamat) atau muncul hidupan baru melalui evolusi.
13. Pada pendapat admin, Allah ciptakan langit dan bumi ini dalam masa yang berbeza. Adakah bumi sudah cukup 6 masa/fasa dengan mengambil kira gabungan Eon dan Era iaitu Hadean, Arkeon, Proterozoik, Paleozoik, Mesozoik dan Kenozoik?
14. Pada pendapat admin, Allah ciptakan langit dahulu kemudian baru Allah ciptakan bumi dalam '6 fasa'. Langit sudah berada pada fasa ke 5 waktu di mana bumi mungkin sudah mencapai fasa ke- 6 . Wallahualam.
15. Secara ringkasnya, berdasarkan kajian geologi, dalam sejarah bumi telah berlaku 6 fasa utama iaitu Hadean (pembentukan bumi dan bulan), Arkean (kestabilan bumi), Proterozoik (bumi mula beriklim, sel organik ringkas), Paleozoik (hidupan primitif), Mesozoik (hidupan peralihan atau pertengahan) dan Kenozoik (hidupan terkini yang termodifikasi, moden).


Terdapat banyak ayat dalam Al Quran yang menyatakan kejadian bumi dalam masa 6 fasa. Antaranya:
"Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam masa 6 hari, kemudia Dia bersemayam di atas Arasy. Dia mengetahui apa yang masuk ke dalam bumi dan apa keluar daripadanya, apa yang turun daripada langit dan yang naik ke atasnya. Dan Dia bersama kamu walau di mana kamu berada, dan Dia maha mengetahui apa yang kamu kerjakan". Al-Hadid 57:4.


Akhir sekali, renungi ayat ini:
"Kamu tidak tinggal (di bumi) melainkan sebentar saja, kalau kamu sesungguhnya mengetahui". Al-Mu’minuun:114

Untuk info garis masa bumi, lawat Sini. 
Nota: Catatan ini adalah berdasarkan pendapat admin sahaja berdasarkan kafahaman bidang geologi admin.
Omèn Necrofis
22.10.2019




Catatan Geologi: Garis masa bumi (Ringkasan)

Catatan Geologi: Garis masa bumi (Ringkasan).


13.2 Billion tahun : alam semesta terbentuk
4.7 billion tahun : sistem solar terbentuk
4.6 billion tahun : bumi terbentuk4.51 billion tahun : bulan terbentuk
3.5 billion tahun : wujud mikro-orgaisma sel tunggal
600 juta tahun : wujud organisma multisel
500 juta tahun : ledakan kehidupan bumi
450 juta tahun : wujud tumbuhan daratan
455-440 jt tahun : zaman ais bumi
400 juta tahun : wujud serangga, ikan naik ke daratan melalui evolusi menjadi haiwan 4 kaki.
335-280 : zaman ais bumi
300 juta tahun : Oksigen tinggi, daratan dipenuhi hutan
250 juta tahun : kepupusan massa hidupan bumi (96%), volkanik bumi intensif, perlu 10 juta tahun utk pulih.
200 juta tahun : muncul mamalia, reltilia, dinasaur, Hayutan Benua bermula, bermulanya gempa bumi setiap hari hingga ke hari ini.
66 juta tahun : hentaman asteroid musnahkan dinasaur, kepupusan massa
56-55 juta tahun : bumi mengalami pemanasan global antara yg paling buruk
35 juta tahun : bumi memasukki zaman ais sehingga ke hari ini, litupan ais di kedua2 kutub
2.6 juta tahun : kemunculan Homo erectus (zaman Paleolitik). Pengulangan tempoh glasier dan tempoh interglasier. dalam tempoh Interglasier ada beberapa episod "zaman ais kecil" (Little Ice Age).
200,000 tahun : kemunculan Homo sapien
75,000 tahun : letusan supervolkano Danau Toba (1,000 tahun utk pulih)
27,000-24,000 tahun : Glasier maksimum aka LGM (penyejukan global), Homo sapien menjelajah benua-benua termasuk Pentas Sunda (air laut surut).
12,900-11,700 : Peristiwa penyejukan semula bumi selepas mengalami pemanasan bumi (Younger Dryars).
11,700 tahun : berakhir zaman glasier, bermula tempoh interglasier hingga sekarang. Pemanasan bumi adalah normal, kenaikan paras laut.
10,000 tahun : zaman Mesolitik
4,500 - 3,000 : zaman Neolitik, zaman gangsa
3,000 - sekarang : zaman ketamadunan manusia, zaman ais kecil pada 1300-1850. Pemanasan bumi hingga ke hari ini.




Banyak rekod-rekod atau catatan kehidupan kuno bumi dan peristiwa-peristiwa bumi dalam post-post FB saya sblm ini. Garis masa ini mungkin akan membantu anda dalam pembacaan tersebut.
Bagaimana kiraan usia dibuat:
1. Kadar perkembangan alam semesta (universe expansion) - melibatkan masa billion tahun.
2. Dating pereputan unsur radioaktif seperti Uranium, Thorium Rubidium yg selalunya terkandung dalam mineral Zirkon - melibatkan masa ratusan juta tahun.
3. Dating Isotop seperti O2 dan CO2 - melibatkan masa ribuan tahun.
4. Dating karbon - melibatkan masa ratusan tahun
5. Dating Fission track, Dendrochronology, Varve chronology dan Lichenometry - beberapa puluh atau belasan tahun.

Kewujudan manusia berbanding kewujudan bumi adalah umpama beberapa detik dlm 24jam. Manusia terlalu 'baharu' dlm alam ini. Tiadalah daya upaya manusia utk mengubah keadaan bumi maupun alam ini. Dengan kesempatan tempoh usia dlm purata 60 tahun yg Allah berikan.. jalanilah dan nikmatilah hidup ini dgn sebaik-baiknya... terlalu berharga utk disia-siakan...
Omén Necrofis
15.01.2019

Pautan Facebook