Sejarah Hidupan Awal Bumi

Video yang menerangkan mengenai kewujudan hidupan awal di muka bumi pada ratusan juta tahun lampau....


Tahun Cahaya Kosmik

1. Tahun cahaya adalah merujuk kepada perjalanan yang dibuat oleh cahaya yang bergerak pd kelajuan cahaya dalam tempoh setahun masa bumi.

2. Cahaya bergerak sejauh hampir 300,000km sesaat dalam vakum. Bermakna dalam setahun bumi, cahaya bergerak sejauh hampir 10 trillion km.

3. Jika kita boleh bergerak dengan kelajuan cahaya dengan mengelilingi bumi, dalam masa satu saat kita sudah 7.5 kali mengelilinggi bumi.

4. Sehingga kini, tiada lagi objek yang boleh menandingi kelajuan cahaya. Malah di alam semesta yg sangat luas ciptaan Illahi ini, kelajuan cahaya dilihat secara relatifnya masih perlahan. Penomboran matematik pun sehingga berdigit-digit.

5. Jarak pengukuran juga dibuat melalui berbandingan jarak bumi ke matahari atau unit astronomikal, AU. Jarak bumi ke Musytari contohnya adalah dlm julat 4.2 AU - 6.2 AU.

6. Lohong hitam M87 baru-baru ini yang akhirnya dapat diimejkan adalah berjarak 55 juta tahun cahaya daripada bumi.

6. Ini bermakna jika kita ingin sampai ke lohong hitam tersebut, kita memerlukan masa 55 juta tahun dengan bergerak kelajuan cahaya.

7. Apa yang menariknya.. Ketika cahaya yang keluar drpd Lohong Hitam itu (yg kita dpt tengok pd hari ini) telah dikeluarkan sejak 55 juta tahun lampau, di mana bumi ketika itu (berusia 55 juta tahun) sedang mengalami Pemanasan Global (PETM event).
Rujuk: https://www.facebook.com/omen.necrofis/posts/2759291604098533

8. Iaitu hampir 10 juta tahun selepas peristiwa hentaman asteroid besar yg telah membawa malapetaka kepada hidupan bumi dan terus mengubah iklim dan cuaca bumi.

9. Jika ada makhluk yg meropong bumi dr sebuah planet yang berjarak dalam lingkungan 230 hingga 66 juta tahun cahaya daripada bumi, mereka berpeluang memerhatikan dinasaur melata di muka bumi ketika itu.

10. Cahaya matahari yg kita lihat tu adalah delay 8 minit... Jarak matahari ke bumi adalah sekitar 150 juta km. Di ruang angkasa, lebih laju kita bergerak dalam vakum maka lebih perlahan 'masa' kita.

Begitulah maha agungNya dan maha berkuasaNya Allah mengatur dan menjadikan alam yg maha luas ini.

Omén Necrofis
19.06.2019

Catatan Geologi: Fitur relik kesan luluhawa batuan






1. Proses dinamik bumi seperti proses luluhawa batuan oleh tindakan angin, air dan ombak kadang-kadang menghasilkan fitur geologi yang menarik.

2. Kadang-kadang fitur yang dihasilkan daripada proses luluhawa batuan sejak ratusan atau ribuan tahun boleh menyerupai sesuatu objek seperti haiwan.

3. Salah satu fitur geologi yang terkenal di negara kita adalah relik pulau seperti kepala ular di Taman Negara Bako, Kuching  dan kepala kuda di Pantai Tusan, Miri (sudah runtuh akibat hakisan ombak).

4. Banyak lagi relik luluhawa batuan tersebut di negara luar yang menjadi monumen atau ikonik pelancongan seperti bentuk gajah di Ortago, New Zealand dan sebagainya.

5. Tularan 'kepala ular' di Thailand (agaknya) juga adalah hasil luluhawa batuan dan bukannya hasil sumpahan atau sebagainya. Bahan organik sifatnya mereput. Namun tulang, kuku dan tulang boleh terawet menjadi batu yang kita panggil sebagai fosil.

Omén Necrofis
28.5 2020

Jun – Julai 2020 Bulan Seismik Bumi





1. Hantaran FB admin seterusnya akan menumpukan kepada aktiviti seismik bumi yang akan berlangsung selama dua bulan iaitu Jun dan Julai. Aktiviti seismik bumi bermaksud segala kejadian yang berkait dengan proses tektonik bumi seperti gempa bumi, keaktifan hotspring dan letusan volkano. Aktiviti seismik bumi ini akan aktif sepanjang Jun hingga Julai disebabkan berlakunya beberapa peristiwa kosmik menjadikan bulan Jun hingga Julai sebagai Bulan Aktif Seismik.

2. Seperti tahun lepas, seperti yang dijangkakan, bumi benar-benar mengalami keaktifan seismik di mana kerap berlakunya gempa bumi sehingga mencapai skala M6-7. Banyak juga berlakunya letusan volkano terutamanya di kawasan rantau Asia Tenggara.

3. Keaktifan seismik ini berkait dengan beberapa peristiwa kosmik yang bakal berlaku pada bulan Jun dan Julai. Admin menjangkakan tahun ini lebih aktif berbanding tahun lepas. Secara keseluruhannya, keaktifan seismik bumi ini adalah disebabkan oleh penyusunan penjajaran 9 jasad samawi iaitu Matahari-Mercury-Venus-Bumi-Bulan-Mars-Jupiter-Saturn-Pluto dan dua kali fenomena gerhana bulan separa.

4. Penjajaran yang melibatkan banyak jasad samawi ini pada Admin sangat memberi kesan terhadap graviti bumi bumi khasnya boleh mencetuskan keaktifan seismik di bumi. Venus, Bumi dan Jupiter adalah antara planet yang mempunyai pengaruh graviti dan medan magnetik yang tinggi sehingga mempengaruhi aktiviti matahari. Bayangkan kekuatannya apabila ketiga-tiganya tersusun hampir selanjaran sepanjang Jun hingga Julai.

5. Namun begitu terdapat tempoh yang menarik untuk dicerap kerana terdapat lonjakkan (fluctuation). Antara tempoh yang kritikal dalam Bulan Aktif Seismik tersebut adalah sekitar 4-6 Jun dan sekitar 4-20 Julai. Antara tempoh kritikal tersebut adalah seperti berikut:

i. Pada 4 Jun nanti, Venus akan berkedudukan perigee (titik terjauh daripada matahari) dan pada masa yang sama adalah terhampir dengan bumi.
ii. Pada 5 Jun pula (1.37am) Venus akan akan berkedudukan hampir selanjar (inferior conjuction) antara matahari-Venus-Bulan-Bumi. (Rujuk:https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3840111512683198&id=100000531622985)
iii. Pada 6 Jun (3.12am) berlaku pula Fasa Bulan Penuh yang disertai oleh Fenomena Gerhana Bulan Separa (Penumbra) dari 1.45am hingga 5.04am.
iv. Pada 5 Julai pula berlaku sekali lagi gerhana bulan separa iaitu pada pukul 11.02am hingga 1.55pm.
v. Pada 11 Julai adalah penjajaran semaksima mungkin kesembilan planet tersebut.
vi. Pada 14 Julai pula berlaku penjajaran (conjunction) Jupiter.
vii. Matahari masih dalam fasa solar minimum di mana medan magnetiknya sedang melemah sejak 3 tahun lalu. Mengikut rekod, dalam tempoh solar minimum yang berpanjangan boleh mencetuskan letusan volkano yang kuat seperti Letusan Laki (1783) dan Letusan Tambora pada 1815 (Dalton Minimum).

6. Dengan berlakunya 2 kali gerhana diikuti dengan penjajaran jasad-jasad samawi tersebut sudah tentulah akan memberi kesan kepada tarikan graviti kepada planet-planet tersebut termasuklah bumi. Ini adalah kerana planet-planet dalam Sistem Solar dipegang oleh daya graviti dan daya inersia. Tanpa daya-daya ini, planet-planet tidak akan berada pada orbitnya. Namun kajian mengenai graviti sangat terhad dan memerlukan banyak kajian lanjutan. Graviti bumi contohnya sentiasa berubah-ubah (fluctuation) dan sentiasa dipengaruhi oleh graviti bulan kerana kedudukannya yang lebih hampir dengan bumi.

7. Penduduk di sekitar kawasan yang terdedah kepada ancaman volkano dan gempa bumi terutama di kawasan Lingkaran Api Pasifik hendaklah sentiasa peka terhadap notifikasi –notifikasi gempa dan volkano dan sentiasa bersiap siaga terhadap sebarang kemungkinan. Bumi Semenanjung Malaysia relatifnya tidak menjana gempa tektonik dan volkano kacauwali negeri Sabah yang aktif gempa dan mempunyai volkano (yang dorman buat masa ini).

8. Catatan ini hanyalah daripada pemerhatian dan kajian admin sahaja berdasarkan rekod lalu dan ia tidak semestinya berlaku. Aktiviti seismik bumi tidak boleh meramal secara tepat masa, magnitud dan tempat ia akan berlaku tapi kita boleh menjangka tempoh dan keadaan bagaimana ia boleh dan sering berlaku (volkano dan gempa).

9. Lihatlah fenomena alam atau kejadian alam sebagai suatu kekaguman kekuasaan Allah bukan sebagai ketakutan apatahlagi sebagai hukuman. Sentiasa berbaik sangka kepadaNya kerna rahmatNya jauh melangkaui kemurkaanNya.

10. Seperti tahun lepas, dalam tempoh Bulan Seismik Bumi ini, notifikasi gempa dan letusan volkano akan lebih kerap dikeluarkan. Jika ingin mengikuti perkembangan terkini dan pantas info mengenai kejadian gempa dan letusan volkano, boleh sertai link Telegram dan Group Whatapps berikut:

Telegram: https://t.me/BumKita
Whatapps: https://chat.whatsapp.com/E9VWq2bQFRHAtiPY9Rhvic

#GrandSolarMinimum
#BulanSeismikBumi
#GrandSolarConjunction

Omen Necrofis
1.06.2020

Kematian Yang Tidak Diketahui Puncanya - Black Death

Kombinasi pembunuh manusia secara besar-besaran semasa tempoh penyejukkan singkat bumi (Dark Ages Cold Period dan Little Ice Age).

Rattus rattus - tikus hitam 
Xenopsylla cheopis - kutu/hama 
Yersinia pestis - bakteria



Kutu atau hama X. Cheopis hidup dgn menghisap darah tikus (pembawa)..

Bakteria ini membesar dalam perut kutu lalu menyumbat salur pemakanan kutu... Menyebabkan kutu menjadi 'kebuluran dan pelahap'..

Kutu ini mengigit manusia berulang-ulang kali disebabkan kelaparan sehingga ia sendiri mati sambil memuntahkan bakteria-tersebut ke dalam badan manusia melalui darah..

Bakteria ini kemudiannya menyerang nodus limpa dan boleh tersebar melalui titisan udara yg kemudiannya menyerang paru-paru.

Tanda-tanda penyakit adalah seperti demam, muntah dan cirit-birit yang kemudiannya mati.

Timbul bisul-bisul hitam pada badan yang mengeluarkan darah dan nanah, yang memberikan nama penyakit ini sebagai Black Death.

Meragut berjuta-juta nyawa manusia di sepanjang wabak (secara berkala) yang berlangsung ketika penyejukkan singkat bumi. Bagaimana ia boleh merebak semasa tempoh penyejukkan singkat tersebut? Bersambung..

Omèn Necrofis
11.2.2020





Catatan Geologi: Formasi Miri - iklim, petroleum dan sekitaran pengenapan.

1. Kawasan Miri mempunyai jujukan batuan sedimen yang 'muda' iaitu batuan belum sempat sepenuhnya menjalani proses litifikasi iaitu proses diagenesis menukarkan sedimen lembut kepada batuan.

2. Jujukan batuan ini didominasi oleh lapisan batu pasir (tebal) dan shale. Lapisan batuan ini berusia Miosen Atas iaitu berusia 11.63-5.33 juta tahun berdasarkan bukti fosil.

3. Geologist memberikan nama lapisan batu pasir-shale ini sebagai Formasi Miri. Lapisan batu ini terkenal kerana kewujudan minyak dan gas. Lapisan batu pasirnya menyimpan atau menakung (resevoir) minyak dan gas di dalam butiran pasirnya manakala lapisan shale pula menjadi lapisan penutupnya.

4. Semasa pembentukkan atau pengenapan sedimen formasi ini berlaku, iklim ketika itu adalah beriklim panas iaitu 4-9 C berbanding suhu sekarang. 

5. Paras air laut lebih tinggi berbanding sekarang (5-9m) di mana tempat pengenap ini adalah sebuah delta sungai yang luas. Struktur sedimen seperti lapisan silang menjadi cirian utama formasi ini menunjukkan sekitaran delta sungai yang mempunyai banyak bahan organik yang membentuk minyak dan gas.

6. Batuan yang 'lembut dan rapuh' ini mudah runtuh atau mengalami hakisan jika ia terdedah ke permukaan bumi. 

Iklim bumi ada kitaran..ia tidak linear!

Omèn Necrofis
22.02.2020





Kaitan Pemanasan Bumi dan Tamadun Sg. Batu, Kedah

1. Tempoh glasier yg telah berlangsung selama hampir 100,000 telah berakhir pada 11,700 tahun lampau. Sudah banyak dicatatkan dalam post FB sebelum ini.

2. Bumi seterusnya memasukki tempoh interglasier uuntuk selama hampir 10,000 tahun yang mana sekarang sudah di penghujung. Semenjak 1,000 tahun lalu, bumi suhu menunjukkan keadaan ke arah penyejukkan bumi.

3. Tempoh interglasier adalah tempoh di mana matahari menjadi aktif yang menyebabkan berlaku tempoh-tempoh pemanasan bumi diringi oleh kenaikan paras air laut akibat peleburan ais kutub. Juga terdapat tempoh penyejukkan singkat.

4. Dalam tempoh 10,000 tahun lalu, bumi telah beberapa kali mengalami tempoh pemanasan bumi. Paling dikenali adalah Tempoh Pemanasan Roman dan Tempoh Pemanasan Medieval. (Pemanasan bukanlah berpunca daripada manusia, ia proses tabii berkait dengan aktiviti matahari).

5. Terdapat banyak catatan atau kajian berkaitan usia  Sg. Batu di Kedah. Ia merupakan tamadun utama dalam industri kuno peleburan besi. Ada yang menyatakan berusia kurun ke-6 atau 535 SM dan ada juga pada kurun ke-3M hingga 5M.

6. Jika merujuk kepada graf yang admin disertakan (kotak biru), kedua-dua usia tersebut berada dalam tempoh pemanasan bumi. Pemanasan tersebut jauh sekali dengan keadaannya pemanasan kini atau dikenali sebagai Pemanasan Modern. 

7. Tiadalah siapa yang tahu bagaimana keadaan pemanasan pada ketika itu. Usia purata manusia hanya 60 tahun berbanding perubahan iklim yang mengambil masa hingga ratusan atau ribuan tahun.

8. Ini dapat menerangkan bahawa berlaku kenaikan paras laut ketika itu sehingga kepal-kapal boleh masuk jauh ke hulu sungai dan dapat menerangkan terdapatnya kapal-kapal purba dalam sebuah sungai kuno. 

9. Sudah banyak bukti dalam sejarah manusia, sesuatu ketamadunan manusia itu runtuh atau lesap akibat perubahan iklim sama ada disebabkan berlaku perubahan pemanasan kepada penyejukkan atau sebaliknya oleh sebab penyakit, kebuluran, panas dan sejuk melampau dan sebagainya.

Enjoy your warm weather while it lasts!

Omèn Necrofis
29.1.2020

Link FB: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3533612689999750&id=100000531622985

Malapetaka letusan Volkano Taal pada 30 Januari 1911




1. Seperti kepulauan besar Indonesia termasuk Jepun, boleh dikatakan hampir sebahagian besar daratannya terbina daripada batuan volkanik dan mempunyai kawah atau kaldera volkano.
2. Letusan volkano yang telah sekian lama berlaku (sejak jutaan tahun lampau) dengan letusan demi letusan kini telah membentuk morfologi deretan kepulauan volkano (archipelago) di sepanjang garis Lingkaran Api Pasifik yg kini membentuk negara seperti Indonesia, Filipina, Jepun dan New Zealand.
3. Volkano-volkano tersebut bergilir-gilir meletus dalam ribuan atau ratusan tahun lampau sehingga ada yang memberi kesan singkat kepada iklim bumi seperti Toba dan Krakatoa dan kesan berpanjangan seperti di Iceland sehingga mampu mengubah iklim bumi.
https://www.facebook.com/omen.necrofis/posts/3109492722411751
4. Dalam beberapa hari ini telah berlaku banyak letusan volkano di serata bahagian dunia kawasan aktif volkanik (Smnnjg Malaysia tidak mempunyai volkano) termasuk Volkano Taal di Filipina semalam.
5. Ia adalah rentetan letusan yang pernah berlaku sebelum ini. Kali terakhir meletus adalah pada tahun 1977 namun letusan pada 1911 paling membinasakan dengan meragut seramai hampir 1500 nyawa penduduk di sekitarnya.
6. Tiada catatan yang jelas menyata bagaimana mangsa mati namun terdapat kajian menyatakan disebabkan berlaku tsunami di kawasan tasik tersebut yang diiringi oleh aliran debu dan air panas serta gempa bumi. Kawasan sekitar tasik didapati turun sehingga 3 kaki.
7. Letusan disertai dengan dentuman kuat lalu menghamburkan debu dan serpihan batuan panas ke segenap arah. Campuran air tasik yg panas dan debu panas menyapu apa sahaja dilaluannya.
8. Terlalu banyak bencana boleh berlaku sebelum, semasa dan selepas sesuatu letusan volkano. Ia bole memacu geobencana yang lain. Volkano dan gempa bumi adalah ssling berkaitan, menifestasi daripada proses tektonik bumi yang telah bermula sejak 230 juta tahun lampau melalui Proses Hayutan Benua. Ia perlu untuk menstabilkan kerak-kerak bumi yang berhimpitan.
9. Mangsa boleh mati dalam banyak sebab seperti pecahnya paru-paru, terhidu gas bertoksid, debu panas bertoksid, dihempap batu, lemas dibawa arus tsunami, ditelan bumi (lithification soil), tanah runtuh, runtuhan bangunan dan banyak lagi.
10. Letusan volkano dikira geobencana hanya sekiranya mendatangkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa. Letusan volkano boleh sahaja berlaku di kawasan tiada penempatan atau di tengah lautan.
Setakat inilah dahulu... Terpanjang pulak catatan ni....rasa habis ringkas dah 
Beberapa gambar mangsa terpaksa dipadamkan... FB sound...huhu
Omèn Necrofis
13.1.2020