Jangkaan Aktiviti Seismik Oktober 2019

Catatan Tektonik: Jangkaan Kekerapan Gempa Serta Letusan Volkano (14 Okt.-1 Nov.)




1. Matahari-bumi-bulan-Uranus berkedudukan selanjar pada sekitar 14 Okt. 19 hingga 1 Nov. 19.

2. Keadaan ini mungkin akan membawa kepada berlaku gangguan kepada graviti dan medan magnetik bumi. Keadaan diburukkan lagi dengan ribut solar yang akan berterusan dlm tempoh yg lama.

3. Keadaan ini seterusnya akan menyebabkan berlaku kekerapan gempa bumi yang kadang-kadang boleh mencapai gempa bumi berskala kuat atau major.

4. Banyak volkano dijangkakan akan meletus kembali. Ia adalah satu proses tabii bumi dan telah banyak berlaku sebelum ini seperti di sepanjang bulai Julai lalu apabila hampir 7 jasad samawi berselanjaran.

5. Bumi Semenanjung Malaysia tidak menjana gempa bumi kerana mempunyai keadaan tektonik yang stabil.

Update: Gempa mungkin lbh lebih intensif apabila dijangka berlaku ribut solar pd 24 dan 25 Okt. 29.

Omèn Necrofis
15.10.2019

Hasil Jangkaan:
1. Gempa Bumi M6.3 @ 16 Oktober 2019
2. Volkano - Tonga @ 17 Oktober 2019
3. Volkano - Anak Krakatoa @ 18 Oktober 2019

Krisis Iklim Bumi

Bumi dalam krisis iklim di mana berlaku gelombang haba dan sejuk melampau...
Pd soltis Disember tahun lepas tlh berlaku sejuk mlampau di beberapa bahagian hemisfera utara dan gelombang haba di hemisfera selatan (Australia)..
Sebaliknya pada soltis Mac baru2 ini hemisfera utara pula mengalami gelombang haba (sehingga berlaku kebakaran hutan2 tmasuk permafrost dan pencairan ais artik)...
Keadaan yang sama (soltis Disember) spt tahun lps akan berulang di mana hemisfera utara akan mgalami sejuk mlampau dan hemisfera selatan (Australia) mungkin kembali mengalami gelombang haba...
Kawasan Asia Barat mungkin mengalami penurunan salji spt yg pernah berlaku pd tahun-tahun sebelum ini spt di Mesir, Arab Saudi etc., malah kawasan gurun juga telah mengalami penurunan salji.
Namun ia bergantung kpd Polar Vortek.. Jika kedua2 Polar Vortek lemah... So penurunan suhu global adalah dijangkakan...
Utara Thailand sebelum ini pernah beberapa kali mengalami suhu sejuk... Sehingga melibatkan kehilangan nyawa... Tempiasnya terasa sehingga ke utara smnnjg Malaysia khususnya Kelantan.

Omen Necrofis
22.10.2019




Ribut Solar Datang Lagi.

Menurut SpaceWeather, terdapat lubang atau bukaan korona matahari yang sedang menghala ke arah bumi pada 27.10.2019.
Jika ia memancarkan ribut solar, nyalaan solar akan sampai dalam 8 minit dan jika memancarkan Enjeksi Jasad Korona (CME), akan sampai dalam masa 3 hari lagi.
Belum pun reda ribut solar baru-baru ini, kini ia datang lagi. Terdapat sekurang-kurangnya 4 lubang koronal, 2 pada kutub dan 2 pada kwsn equator.
Lubang korona ini mungkin menjadi lebih besar disebabkan kelemahan medan magnetnya dan akan menyebabkan keberterusan berlakunya ribut solar (mungkin setiap bulan?) sehingga solar minimum dijangka berakhir sekitar tahun 2021-2022.
Kenapa ia semakin kerap berlaku angin solar, lawat Sini
Omèn Necrofis
28.10.2019


Geobencana Berkait Musim Tengkujuh

1. Dengan taburan hujan yang kerap dan lebat, geobencana seperti tanah mendap, lubang benam, aliran lumpur/debris dan tanah runtuh sangat biasa berlaku.

2. Kawasan yang terdedah termasuklah di kawasan sedimen lembut, kawasan batu kapur dan kawasan bercerun.

3. Apabila memasukki musim tengkujuh nanti, lebih banyak pemerhatian, pemantauan, cakna, hebahan dan pengawasan diperlukan bagi meminimumkan kejadian geobencana tersebut daripada kerosakkan harta benda dan kehilangan nyawa.

4. Antara contoh geobencana yg berkait dengan taburan hujan lebat adalah seperti kes runtuhan bangunan Highlands Tower (1993), banjir lumpur di Pos Dipang (1995), banjir lumpur di Genting Sempah (1995) dan tanah runtuh di Batu Ferenggi.

5. Pihak Berkuasa Tempatan (BPT) atau Pihak Berkuasa Negeri (PBN) seharusnya mengarahkan pemerhentian segera segala bentuk kerja tanah dan membuat mitigasi sementara/segera terhadap muka cerun yang terdedah kepada hakisan bagi mengurangkan kejadian tanah runtuh, hakisan tanah dan pengkelodakkan saliran.

6. Bumi Semenanjung Malaysia mempunyai kawasan bercerun di sepanjang banjaran bukit yang terdedah kepada kejadian tanah runtuh dan aliran lumpur dan mempunyai kawasan dataran banjir / kawasan rata yang terdedah pula kepada banjir monsun dan banjir kilat.

Omèn Necrofis
27.10.2019




Keberterusan Ribut Solar.




1. Menurut sumber daripada SpaceWeather, telah berlaku pancaran jasad koronal (CME) dan nyalaan solar pada 14 dan 15 Oktober lalu dan dijangka sampai ke atmosfera bumi pada 20 dan 21 Okt. 2019 yang akan menyebabkan berlaku ribut solar. (dan mungkin ini puncanya 3-4 hari kebelakangan ini cuaca agak panas berbahang). Update: ribut solar dijangka tiba bermula pd 24 hingga 26 Okt. 19.
2. Namun menurut jangkaan SpaceWeather, kesannya adalah seperti mana kejadian ribut solar sebelum ini. Kesan daripada pancaran ini adalah gangguan kepada sistem telekomunikasi, satelit, grid penghantar elektrik dan sistem navigasi. Kesan lain adalah berlaku kekerapan gempa bumi, letusan volkano dan pembentukkan aurora yang besar. (Mungkin berkait juga dengan gangguan sistem telco?).
3. Tahun ini kerap berlaku ribut solar iaitu pada pertengahan Mei, awal September dan awal Oktober lalu.
4. Matahari sedang berada dalam fasa Solar Minimum di mana kurangnya atau tiada hotspot pada permukaan matahari. Ketika fasa ini, medan magnetik matahari adalah lemah dan akan membentuk bukaan yang besar pada atmosfera matahari dipanggil lubang korona.
5. Bukaan besar ini akan memancarkan nyalaan solar (solar flare) dan pancaran jasad korona (CME). Nyalaan solar yang memancar byk sinar X, cahaya ultraviolet, sinar gamma dan zarah bercas tinggi (berkelajuan sehingga 800 km/j) sampai ke bumi dalam masa 8-10 minit tetapi CME yang membawa plasma dan gelombang magnetik pula sampai dalam masa 3-4 hari ke atmosfera bumi.
Kenapa ia kerap berlaku?
6. Apabila matahari dalam fasa Solar Minimum, medan magnetiknya menjadi lemah lalu membentuk bukaan atau lubang korona yang besar pada permukaannya.
7. Dari masa ke semasa lubang korona ini akan sentiasa memancarkan nyalaan solar dan/atau CME dan akan berlanjutan sehingga setahun atau lebih (selagi dalam fasa solar minimum).
8. Dalam jangka masa panjang, jika matahari terus berada dalam Solar Minimum atau mencapai Solar Maksimum pada tahap yang minimum pada 2024-2025, bumi akan mengalami penyejukkan semula. Penyejukkan bumi sebelum ini berlangsung selama hampir 500 tahun (tahun 1300-1883) yang dikenali sebagai Zaman Ais Kecil atau lebih teruk, terus memasukki Tempoh Glasier untuk 100,000 tahun.
Bagaimana bumi boleh mengalami penyejukkan?
9. Ia berkait dengan kelemahan medan magnetik matahari, Pancaran Kosmik Galaksi, pembentukkan awan dan seterusnya membawa kepada ketidaktentuan cuaca dan iklim di bumi (dan semestinya tiada kaitan langsung daripada aktiviti antropogenik).
10. Ia adalah faktor kosmik yang menyebabkan kesan berantai kepada permukaan dan atmosfera bumi yang membawa kepada perubahan cuaca dan iklim bumi. Akan dihurai lebih lanjut pada catatan akan datang.
11. Secara lokaliti, fasa ini mungkin berkait dengan jangkaan akan berlaku hujan lebat dan banjir. Pada pendapat admin bukan sahaja pantai timur, malah mungkin berlaku di Lembah Klang dan utara Semenanjung Malaysia. Ribut siklon pun sudah mula terbentuk berhampiran negara kita spt Siklon Pabuk dan mungkin akan terbentuk lagi pd tahun ini dan tahun-tahun akan datang. Sekarang pun banyak sistem siklon terbentuk di lembangan lautan utama.
12. Di negara kita, solar minimum pada 2009-2010 telah memberikan kesan yang teruk di Lembah Klang dengan kerapnya berlaku hujan lebat, ribut petir dan banjir kilat. Ketika solar maksimum, negara kita pernah mengalami krisis air dan kemarau iaitu pada tahun 1998 dan krisis air paling buruk di Melaka pd pada tahun 1991.

Untuk catatan CME, lawat :
Untuk catatan Solar Minimum, lawat Sini.
Omen Necerofis
17.10.2019

Perubahan Iklim Bumi Adalah Sangat Normal.

Perubahan iklim bumi sgt2 biasa bg bumi yg telah berusia 4.543 billion tahun... Ia bukan sesuatu yg pelik.... Manusia pelik sbb ia blaku dlm hayat mereka tanpa melihat sejarah silam lampau...

1. Kita berada dalam zaman yang dinamakan sebagai zaman Kuaternari yang bermula sejak 2.5 juta tahun lampau. Zaman ini juga dinamakan sebagai Zaman Ais di mana terdapat 2 tempoh utama iaitu Tempoh Glasier yang berlangsung selama 80,000-90,000 tahun dan zaman Interglasier yang berlangsung sekitar 10,000-15,000 tahun.
2. Bumi telah berselang seli mengalami tempoh-tempoh tersebut. Bumi sekarang berada dalam tempoh Interglasier ayau dikenali sebagai Interglasier Holosen di mana fasa tempoh terakhir Glasier adalah pada 11,700 tahun lampau. Bermakna jika mengikut kitaran, bumi mempunyai 3,000-4,000 tahun lagi atau bila-bila masa sahaja sebelum mengalami tempoh glasier (penyejukkan bumi).
3. Tempoh Interglasier terakhir adalah bermula sekitar 150,000 dan tamat sekitar 115,000 tahun dahulu atau lebih dikenali sebagai Eamian. Cuaca dan iklimnya sama seperti tempoh Interglasier yang sedang bumi lalui kini. Cuma sudah terdapat tanda-tanda iklim bumi sudah terarah kepada penyejukkan bumi.
4. Bukti arkeologi dan biomolekul menunjukkan bahawa manusia awal mula muncul di Afrika timur sekitar 120,000 tahun lampau. Mereka merantau hingga ke utara benua Afrika sekitar 100,000 tahun lampau dan telah menjelajah kawasan Mediterian pd 90,000 tahun lampau. Pada 50,000 tahun lampau, mereka telah menjelajah sehingga ke benua Australia dan China. (berdasarkan kajian sains shj).
Untuk bacaan lanjut cuaca dan Iklim bumi akan datang, lawat: https://www.facebook.com/omen.necrofis/posts/2515660021795027


Sedikit catatan oleh Gary Geiser :
"This article argues that Europe in the Eemian interglacial period was principally shaped by megafauna, rather than by the climate or geography. Europe was mostly savannah, like the great nature reserves of Africa, a vast expanse of wilderness, populated by countless animals of all shapes and sizes.
Elephants and rhinos trampled the vegetation and opened up forest, and bison and horses grazed the meadows and grasslands, and deer and now extinct large wild cattle kept the shrubs and smaller trees in check. At the same time, a vast rainforest covered much of the Atlantic seaboard, maintained by the moisture brought in from the sea, making the forest far wetter than the temperate North American western forests along the seaboard today.
Colossal trees were covered by mosses and vines, while the soil was wet and soft, and covered by herbs and bushes. Other great forests existed where megafauna could not go, like the primordial woods still found in places such as Poland and Romania today.
Horses in numbers, like herds of zebra today, grazed the floodplains and grasslands; and bison and wild cattle shared their habitat. Bison preferred drier environments, and were hence local to the savanna and woodlands, while wild cattle could live in both dry and wet conditions. Water buffalo and the Hippopotamus inhabited the waterways. When Trafalgar square was first being excavated, the workers found hundreds of Hippopotamus bones, indicating the animal's once great abundance.
Deer we associate today with Bambi were probably shy forest dwellers, while red deer would have formed large herds in the open grasslands and savannas. And there was a now extinct elk, larger than the Alaskan moose. There were also elephants and rhino. The Woolly mammoth only spread into Europe during the last glacial period, as the climate there came to resemble that of Siberia and Alaska.
In the Eemian period, the true European elephant was Elephas antiquus, sometimes also called the Straight-tusked elephant. Similar in size and shape to its close relative, the Asian elephant, it had proportionally longer legs, and more impressive tusks, but was otherwise almost identical in looks and ecology. They created temporary wetlands where they walked and slept, and cleared woodland by toppling trees and crushing bushes. In fact, trees and shrubs in modern day Europe display a heavy resilience to being bent and broken, an adaptation that African and Asian trees also show.
There were two species of rhino: Merck's rhinoceros and the Narrow-nosed rhinoceros. One was a specialized browser, the other a grazer. They were hunted to extinction about 40,000 years ago.
Regarding predators, there were lions, slightly larger than modern lions. The remains of lions have been found by the North Sea dating back 28,000 years. Other big cats were the leopard and the lynx. There was also the grey wolf, red fox, golden jackal, and spotted hyena. And there were two species of bear: the extant brown bear, and the extinct great bear (Ursus spelaeus), typically referred to as the "Cave bear". "

Omen Necrofis
21.10.2019


Catatan Geologi: Kejadian Langit Dan Bumi Dalam Al-Quran Daripada Perspektif Geologi.

Hayati catatan admin ini kerana ia tidak terdapat dalam mana-mana catatan pun yang terperinci sebegini. Dikongsikan khas untuk Follower admin.
1. Kita menyangka bahawa kita sudah lama berada di bumi tetapi tahukah kita bahawa kewujudan manusia sangat-sangat baharu di alam ini. Sudahlah baharu wujud, hayat pula singkat dgn purata 60 tahun sahaja.
2. Mengikut kajian sains (geologi), bumi sudah berusia 4.543 billion tahun dan manusia purba mula wujud sekitar 2.5 juta tahun lampau manakala manusia moden hanya wujud pada sekitar 200,000 tahun lampau. Zaman kenabian pula bermula sekitar 6,000 hingga 5,000 tahun lampau.
3. Dengan usia bumi sudah menjangkau usia berbillion tahun, sudah tentu terdapat pelbagai hidupan flora dan fauna dalam tempoh tersebut. Dinasaur contohnya hidup pada Zaman Jura iaitu 145 hingga 66 juta tahun lampau (ia bukan jin tapi haiwan drpd kumpulan reptilia, amfibia dan sebagainya).
4. Berdasar sejarah bumi lampau, geologist telah membahagikan usia bumi kepada 2 kumpulan utama iaitu Prekambria ( fasa tanpa hidupan) dan Phanerozoik ( fasa bermula hidupan).
"Katakanlah: “Sesungguhnya patutkah kamu kafir kepada Yang menciptakan bumi dalam dua masa." Al- Fussilat 41:9.
5. Secara terperinci, geologist membahagi usia bumi kepada 4 Eon utama iaitu Hardean, Arkean, Proterozoik (pembentukan awal bumi termasuk pembentukan lapisan-lapisan bumi) dan Phaneozoik (mula kehidupan).
6. Eon Phanoezoic sehingga kini mempunyai 3 Era yang terbahagi kepada beberapa zaman (period) iaitu Paleozoik, Mesozoik dan Kenozoik yang mempunyai kehidupan tersendiri (kini menjadi fosil), geografi tersendiri, persekitaran yg sgt jauh berbeza berbanding hari ini, kandungan udara tersendiri, iklim tersendiri yang cukup untuk kehidupan pada masa-masa itu sahaja.
7. Proses-proses bumi masih terus berlangsung dengan pembentukkan gunung-ganang melalui proses Hayutan Benua sebagai pasak bumi (kukuhkan kerak bumi) dan kepelbagaian hidupan flora dan fauna (yg telah menjadi fosil) cukup dengan nisbah makanan yang ada pada zaman-zaman tersebut.
"Dan Dia menciptakan di bumi itu gunung-gunung yang kukuh di atasnya. Dia memberkahinya dan Dia menentukan padanya kadar makanan-makanan penghuninya dalam empat masa." Al Fussilat 41:10.
8. Apabila berlaku ketidakcukupan sumber hidup atau berlaku satu malapetaka yang sangat besar seperti hentaman meteorit, letusan volkano di seluruh bahagian bumi, berlaku perubahan iklim yang drastik dan sebagainya, sebahagian hidupan akan mati atau pupus. Haiwan yang terselamat pula dapat meneruskan kelangsungan melalui proses EVOLUSI.
9. Dalam sejarah bumi, terdapat 5 kali kepupusan massa yang sangat dahsyat dan menyebabkan berlaku perubahan zaman.
10. Kita sekarang dalam Era Kanezoik dalam zaman Kuaternari. Apa yang ada pada hari ini adalah cukup utk makhluk yang ada pd hari ini. Contohnya, kandungan gas CO2 (0.04%) yang cukup banyak kini menjadi nutrien pd flora menyebabkan flora mengalami diversiti yang maju dengan wujud pelbagai spesies yang tidak terdapat pada zaman-zaman sebelumnya. Begitu juga gas Oksigen yang cukup banyak (21%) menyebabkan fauna dan flora juga berkembang dengan menambah populasinya.
11. Cuaca dalam tempoh Interglasier yang panas di khatulistiwa dan mengalami 4 musim di Hemisfera utara dan selatan telah menyebabkan manusia berkembang dengan maju sehingga menjangkau 7.7 billion orang.
12. Dengan mengambilkira sejarah lampau, hidupan yang ada pada masa kini akan juga mengalami kepupusan suatu masa nanti. Sama ada bumi dan alam akan musnah (kiamat) atau muncul hidupan baru melalui evolusi.
13. Pada pendapat admin, Allah ciptakan langit dan bumi ini dalam masa yang berbeza. Adakah bumi sudah cukup 6 masa/fasa dengan mengambil kira gabungan Eon dan Era iaitu Hadean, Arkeon, Proterozoik, Paleozoik, Mesozoik dan Kenozoik?
14. Pada pendapat admin, Allah ciptakan langit dahulu kemudian baru Allah ciptakan bumi dalam '6 fasa'. Langit sudah berada pada fasa ke 5 waktu di mana bumi mungkin sudah mencapai fasa ke- 6 . Wallahualam.
15. Secara ringkasnya, berdasarkan kajian geologi, dalam sejarah bumi telah berlaku 6 fasa utama iaitu Hadean (pembentukan bumi dan bulan), Arkean (kestabilan bumi), Proterozoik (bumi mula beriklim, sel organik ringkas), Paleozoik (hidupan primitif), Mesozoik (hidupan peralihan atau pertengahan) dan Kenozoik (hidupan terkini yang termodifikasi, moden).


Terdapat banyak ayat dalam Al Quran yang menyatakan kejadian bumi dalam masa 6 fasa. Antaranya:
"Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam masa 6 hari, kemudia Dia bersemayam di atas Arasy. Dia mengetahui apa yang masuk ke dalam bumi dan apa keluar daripadanya, apa yang turun daripada langit dan yang naik ke atasnya. Dan Dia bersama kamu walau di mana kamu berada, dan Dia maha mengetahui apa yang kamu kerjakan". Al-Hadid 57:4.


Akhir sekali, renungi ayat ini:
"Kamu tidak tinggal (di bumi) melainkan sebentar saja, kalau kamu sesungguhnya mengetahui". Al-Mu’minuun:114

Untuk info garis masa bumi, lawat Sini
Nota: Catatan ini adalah berdasarkan pendapat admin sahaja berdasarkan kafahaman bidang geologi admin.
Omèn Necrofis
22.10.2019




Apakah Indeks Kp dan keadaan geomagnetik?


Indeks Kp (0-9) memperihalkan tahap gangguan kepada medan magnetik bumi oleh ribut solar. Ia berkait dengan saiz pembentukkan aurora dan kawasan latitud bumi yang boleh dilihat.
Gangguan medan magnetik bumi ini menyebabkan berlaku ribut geomagnetik bumi yang diukur sebagai keadaan geomagnetik (G0-5)
Tinggi indeks Kp maka lebih keadaan geomagnetik (G).
Tinggi keadaan geomagnetik maka besar kesannya kpd sistem grid elektrik, transformer, satelit, sistem nagivasi dan sistem telekomunikasi. Pada bumi pula mybbkan lebih kerap berlaku gempa bumi.
Kesan pada manusia, admin pun tak tahu... Pasal tak pernah berlaku dlm rekod manusia. Mungkin berlaku kebakaran kulit atau mutasi genetik bg kes Kp8-9 dengan G5.
Namun bumi sudah mempunyai sistem pertahanan yang hebat... Medan magnet dan lapisan ozon .
Omèn Necrofis
24.10.2019



Video Nyalaan Solar

Video berdurasi 15 hari yang dirakam oleh satelit pemerhati matahari menunjukkan nyalaan solar yang memberi impak kpd kamera satelit.
Nyalaan solar memancarkan partikel bercas tinggi dan sinar radiasi dengan kelajuan mencapai 800-900 km/j. Video dirakam pada tahun 2003.
Perhatikan Nyalaan Solar pada 28.10.2003 pada pukul 15.00 UTC.
Omen Necrofis
26.10.2019


Status matahari Oktober 2019





1. Terdapat bukaan besar korona pada bahagian kutub utara dan selatan matahari.
2. Matahari dalam fasa kurangnya bilangan hotspot dan dijangka akan lebih kurang hotspotnya pd sekitar tahun 2030 iairu pada penghujung kitaran ke-25. Sudah pastinya memberi kesan terhadap perubahan iklim kepada bumi.
3. Mungkin akan mengulangi semula penyejukan bumi yang sebelum ini telah berlangsung selama hampir 500 tahun (1300-1883). Catatan terperincinya akan menyusul kemudian.
4. Secara puratanya, matahari mengambil masa 27 hari utk melengkapkan pusingannya. Bahagian ekuator lebih cepat berpusing dengan mengambil masa 25 hari manakala bahagian kutub mengambil masa 30 hari.

Catatan berkaitan, Klik sini.
Untuk animasi, Klik sini.  

Omèn Necrofis
9.10.19

Kesan Fenomena Analema Oktober-November



Pada bulan ini dan bulan hadapan, segalanya menjadi cepat.. Rutin adalah sepertimana biasa cuma waktu siang hari demi hari menjadi semakin singkat. Tidur malam, bangunan, keluar kerja, balik kerja dan waktu2 solat menjadi lebih awal berbanding hari2 biasa. Tempoh siang pada hari ini adalah 12 jam 3 minit dan 32 saat... Di mana pendek 9 saat berbanding waktu siang hari semalam... Dan akan semakin pendek sehinggalah pada minggu kedua November...
Rutin tahunan...

Omen Necrofis
14.10.2019

Rekod Penjajaran Jasad Samawi : Oktober 2019




Catatan Tektonik: Jangkaan Kekerapan Gempa Serta Letusan Volkano (14 Okt.-1 Nov.)

1. Matahari-bumi-bulan-Uranus berkedudukan selanjar pada sekitar 14 Okt. 19 hingga 1 Nov. 19.
2. Keadaan ini mungkin akan membawa kepada berlaku gangguan kepada graviti dan medan magnetik bumi. Keadaan diburukkan lagi dengan ribut solar yang akan berterusan dlm tempoh yg lama.
3. Keadaan ini seterusnya akan menyebabkan berlaku kekerapan gempa bumi yang kadang-kadang boleh mencapai gempa bumi berskala kuat atau major.
4. Banyak volkano dijangkakan akan meletus kembali. Ia adalah satu proses tabii bumi dan telah banyak berlaku sebelum ini seperti di sepanjang bulai Julai lalu apabila hampir 7 jasad samawi berselanjaran.
5. Bumi Semenanjung Malaysia tidak menjana gempa bumi kerana mempunyai keadaan tektonik yang stabil.
Omèn Necrofis
15.10.2019

Pautan Facebook.

Fenomena Langit Jepun Keungguan







Langit berwarna unggu semasa siklon di Jepun... Pembentukkan fenomena optik ini hampir serupa dengan pembentukkan langit kemerahan atau kejinggaan pada ketika jerebu tebal atau teruk di Jambi, baru-baru ini.
Bezanya, partikel atau zarahnya adalah molekul air. Perambatan cahaya matahari berlaku pada molekul air tersebut dengan menyerakkan cahaya dan hanya melepaskan panjang gelombang tertentu.
Jarak gelombang cahaya matahari dan saiz molekul partikel tersebut menentukan warna cahaya yang dibebaskan. Bagi siklon ini, warna unggu dibebaskan.
Omèn Necrofis
12.10.2019

Pautan Facebook.

Perelai batuan berfosil










Memperelai bongkah batuan bagi mendapatkan sampel setangan fosil moluska marin (kerangan) berusia 247-242 juta tahun (Epok Anisian, zaman Trias)... Bongkah batuan diperolehi di Taman Emas, Lipis. Sekarang dah jadi kawasan perumahan.

Spesies yg sama turut ditemui di Aring, Gua Musang. Klik sini.

Pautan Facebook.

Sejarah Hentaman Meteor/Astroid Ke Bumi.



1. Laman Web ekpress.co dilihat kerap memetik kenyataan golongan teori konspirasi mengenai pelbagai perkara yang tiada sumber yang jelas.

2. Tahun ini sahaja hampir 3 kali mengeluarkan kenyataan mengenai ancaman hentaman asteroid yang dipetik drpd sumber yang tidak diketahui.

3. Bumi yang kita diami ini sentiasa dihujani dan terdedah kpd hentaman meteor dan boleh dikatakan berlaku setiap hari. Akan kerap apabila memasukki tempoh hujan meteor.

Hentaman meteor lebih bahaya berbanding hentaman asteroid. Kenapa?

4. Meteor yang memasukki atmosfera adalah bersaiz kecil dan selalunya habis terbakar di atmosfera (bolide) tetapi ada juga yang boleh sampai dan menghentam permukaan bumi.

5. Atmosfera kita terlalu luas, bukan semua meteor dpt dicerap oleh satelit. Kadang2 dah berbulan-bulan baru kita sedar (melalui cerapan satelit) terdapat meteor telah meletup di udara dengan letupan yang jauh lebih kuat berbanding letupan bom atom.

6. Berbeza dengan asteroid yang bersaiz besar di mana saintis dapat mencerap dan membuat projektori laluannya.

7. Diawal-awal pembentukkan bumi iaitu pd 4.56 billion tahun lampau bumi sentiasa dihentami meteor dan astroid. Bahan kosmik yg kaya dengan besi dan nikel ini kemudiannya menjadi kandungan utama teras bumi.

8. Dan pada 66 juta tahun lampau, sebiji astroid sebesar gunung Everest telah menghentam bumi (Yucatan, Mexico) di mana menyebabkan malapetaka yg sgt dahsyat kepada iklim dan hidupan bumi ketika itu. 76% hidupan flora dan fauna pupus termasuk dinasaur. Kesannya kemusnahannya berlanjutan sehingga ke beberapa juta tahun selepas itu dan perlu beberapa juta tahun pula utk pulih.

9. Ancaman hentaman bukan semasa hentaman shj malahan sebelum hentaman lagi sudah memberi kesan kpd bumi. Admin tak akan hurai lebih lanjut di sini.

10. Perubahan iklim atau perubahan tempoh glasier kepada tempoh interglasier pada 12,000 tahun lalu juga adalah antaranya dipercepatkan oleh kesan drpd hentaman meteor ke bumi.

11. Di Malaysia pun terdapat krater atau bekas hentaman meteorit seperti yang terdapat di Lenggong, perak.

Saranan admin, abaikan tularan atau kenyataan yang tidak berasas (hentaman asteroid). Tak usah kita mengambil kerja tuhan dalam menentukan atau meramal hari kiamat. Itu rahsia dan kerja tuhan.

Adalah sesuatu yang baik memperingati hari kiamat tetapi bukanlah dengan menyebarkan dan mereka2 cipta perkara yang tidak berasas (hentaman meteor). Seolah-olah kita berkehendakkan sangat kpd hentaman meteor, dah jadi seperti ahli nujum persisnya. Lambat atau cepat, kiamat pasti berlaku juga.

Cukuplah dengan mengambil iktibar seperti tularan tahun lepas dengan ramalan hentaman meteor pada november 2018 dan ramalan kegelapan 7 hari pada Mac 2019. Tularan memberi kesan yg sgt mendalam terutama kepada mereka yang paranoid.

Omèn Necrofis
14.10.2019

Pautan Facebook.

Keberterusan Ribut Solar.







1. Menurut sumber daripada SpaceWeather, telah berlaku pancaran jasad koronal (CME) pada 14 dan 15 Oktober lalu dan dijangka sampai ke atmosfera bumi pada 20 dan 21 Okt. 2019 yang akan menyebabkan berlaku ribut solar. (dan mungkin ini puncanya 3-4 hari kebelakangan ini cuaca agak panas berbahang).

2. Namun menurut jangkaan SpaceWeather, kesannya adalah seperti mana kejadian ribut solar sebelum ini. Kesan daripada pancaran ini adalah gangguan kepada sistem telekomunikasi, satelit, grid penghantar elektrik dan sistem navigasi. Kesan lain adalah berlaku kekerapan gempa bumi, letusan volkano dan pembentukkan aurora yang besar.

3. Tahun ini kerap berlaku ribut solar iaitu pada pertengahan Mei, awal September dan awal Oktober lalu.

4. Matahari sedang berada dalam fasa Solar Minimum di mana kurangnya atau tiada hotspot pada permukaan matahari. Ketika fasa ini, medan magnetik matahari adalah lemah dan akan membentuk bukaan yang besar pada atmosfera matahari dipanggil lubang korona.

5. Bukaan besar ini akan memancarkan angin solar (solar wind) dan pancaran jasad korona (CME). Angin solar yang membawa zarah bercas tinggi (berkelajuan sehingga 800 km/j) sampai ke bumi dalam masa 8-10 minit tetapi CME yang membawa plasma dan gelombang magnetik pula sampai dalam masa 3-4 hari ke atmosfera bumi.

Kenapa ia kerap berlaku?

6. Apabila matahari dalam fasa Solar Minimum, medan magnetiknya menjadi lemah lalu membentuk bukaan atau lubang korona yang besar pada permukaannya.

7. Dari masa ke semasa lubang korona ini akan sentiasa memancarkan angin solar dan CME dan akan berlanjutan sehingga setahun atau lebih (selagi dalam fasa solar minimum).

8. Dalam jangka masa panjang, jika matahari terus berada dalam Solar Minimum atau mencapai Solar Maksimum pada tahap yang minimum pada 2024-2025, bumi akan mengalami penyejukkan semula. Penyejukkan bumi sebelum ini berlangsung selama hampir 500 tahun (tahun 1300-1883) yang dikenali sebagai Zaman Ais Kecil.

Bagaimana bumi boleh mengalami penyejukkan?

9. Ia berkait dengan kelemahan medan magnetik matahari, Pancaran Kosmik Galaksi, pembentukkan awan dan seterusnya membawa kepada ketidaktentuan cuaca dan iklim di bumi (dan semestinya tiada kaitan langsung daripada aktiviti antropogenik).

10. Ia adalah faktor kosmik yang menyebabkan kesan berantai kepada permukaan dan atmosfera bumi yang membawa kepada perubahan cuaca dan iklim bumi. Akan dihurai lebih lanjut pada catatan akan datang.

11. Secara lokaliti, fasa ini mungkin berkait dengan jangkaan akan berlaku hujan lebat dan banjir. Pada pendapat admin bukan sahaja pantai timur, malah mungkin berlaku di Lembah Klang dan utara Semenanjung Malaysia.

12. Di negara kita, solar minimum pada 2009-2010 telah memberikan kesan yang teruk di Lembah Klang dengan kerapnya berlaku hujan lebat, ribut petir dan banjir kilat. Ketika solar maksimum, negara kita pernah mengalami krisis air dan kemarau iaitu pada tahun 1998 dan krisis air paling buruk di Melaka pd pada tahun 1991.



Omén Necrofis
17.10.2019

Pautan Facebook